Photobucket

````````````````````

Tuesday, July 27, 2010

:.. Si Kembar Dalam Acara Sukaneka Tadika ...::

Salam,


cerita yang sedikit dah basi agaknya tapi tak pe ... disebabkan ummi kesuntukan masa waktu tu, jadi tak sempat nak update ...


Tanggal 17/7/2010, sukaneka Tadika & Seri As-Syakirin telah selamat berlangsung dengan jayanya ... disebabkan kedua-dua kembar tu masuk 2 acara setiap sorang, maka berkobar-kobar ler ummi dan ayah serta kakak untuk turut meraikan sukaneka mereka pagi tu walaupun cuaca agak panas dan terik tapi disebabkan nak bakar semangat kedua-duanya ... panas pun panas ler .. tak pe ... janji abang dan adik bersemangat gitu !! Go! Go!




ummi tak dapat nak ambil gambar byk sbb ruang untuk acara dijaga oleh penjaga garisan ... hehehe .. maka bila dah habis acara baru dapat itupun sebab abang dengan adik kehausan ... huhu ... cian ... tapi lepas tu sambung balik ngan kawan-kawannya pulak ... sudahnya ini jer yang dapat .. ligat bukan main .. tak dapat nak cari diaorang nie ...


masing -masing dengan 2 acara setiap sorang ....


abang yang mewakili Rumah Merah bersaing dalam acara Batton dan Gelang Gergasi yang menduduki tempat kedua dan ketiga .....


adik pulak mewakili Rumah Hijau dalam acara Run Run The Rings dan Lontar Peluru ( huhh..dengar pun macam tak caya .. lontar peluru tu..) yang juga mendapat tempat kedua dan ketiga ..


alhamdulillah, semangat kesukanan tu dah ada .. harap tahun depan untuk Sessi Tahun 1 mereka mudah menyesuaikan diri dan tak perlu nak kena tunggu-tunggu sebab dah 2 tahun masuk sekolah dah ....


ummi bangga dan seronok dengan pencapaian mereka setakat ini baik dari segi pelajaran mahupun permainan ...
alhamdulillah ....



p/s : tak sempat nak upload gambar ahli keluarga baru ummi, insya-Allah dalam masa yang terdekat yea ....

No comments: