Photobucket

````````````````````

Thursday, December 31, 2009

~ Y.E.S! Y.E.S! Y.E.S! ~

ini adalah STICKY POST ... Post terbaru ada kat bawah ya ...



Sempena dengan Y.E.S! Y.E.S! Y.E.S!

Jom klik kat sini ... banyak kain-kain murah tau !!

Create your own banner at mybannermaker.com!



p/s : ini adalah pautan bisnes online ummi yang baru jer ummi ceburi hehehe...selama ni dok byk membeli...kini giliranku pula menyuruh orang membeli...huhahaha...jangan marah aaa...

Wednesday, December 30, 2009

::.. KEJUTAN BUAT UMMI ..::

SURPRISE ! SURPRISE !
ini dia surprise untuk ummi .. hehehe .. nak kata besday ... dah lepas, anniversary pun dah lepas, emmm ..apa yek?? tapi lepas dapat CIK ROSCANI nie, ayah kata ini ummi punya surprise untuk besday .. wah lamanya nak belikan hadiah .. makan bulan !! hahaha .. bukan apa .. masa besday ummi tu, time tu tengah sakit, asyik dok keluar masuk hospital .. apa pun tak leh nak buat, tambah pulak dengan time Raya .. dengan tak de mood nya ... hihihi ..

apapun , terima kasih ayah sebab belikan surprise ni .. time2 nilah pulak jam ummi yang sedia ada tu memang baterinya OUT laa pulak .. ishh..ishh.. macam tahu-tahu lak dia yer .. tapi jam tu ummi sayang sebab masih baru .. ummi takkan letak tepi nyer.. esok-esok ummi gi lah tukar bateri nyer .. jam ni pulak nampak gayanya ummi simpanlah dulu, pakai ikut mood ler jawabnya ...

Tambah dengan koleksi ini, ummi ada 2 utas jam Roscani .. satu beli 13 tahun lepas .. haaa .. jangan tak caya .. elok lagi .. cantik lagi .. dan satu yang ini ... beshh nyer .. tahun depan harap-harap dapat BERLIAN laaaa pulak ya ... peace!


Tuesday, December 29, 2009

::.. WELCOME TO NASHWA CAKE ..::

Pertama kalinya, ummi nak ucapkan TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA kepada Uda Min atas pembukaan kedai kek onlinenya !!
Tahniah ! Tahniah dari ummi sekeluarga ... Memang Uda Min berbakat dan nampak gaya Uda Min dah berjaya dalam bidang perniagaan yang memang dia minat dari dulu .. sesungguhnya kami sekeluarga akan sentiasa mendoakan kejayaan Uda Min dalam bidang ini, insya-Allah


...


...


...


dan kepada bloggers yang berminat untuk membuat tempahan , boleh lawati

ummi sekadar berkongsi kegembiraan di samping mempromosikan kedai adik ipar ku ini .. apa salahnya kan..kan..


dan ini antara tempahan-tempahan kek yang telah diterima dari pelanggan-pelanggannya ... apa macam ?? cantik kan?? memang ummi dah makan kek Uda Min ni .. ssshhheedaapppp ...
jadi tunggu apa lagi ... jom order !!!


p/s : kedai kek ummi lum nak tubuh lagi .. hehehe .. setakat buat & makan sendiri boley la .. ahaakkss .. tunggulah kalau ummi dah betul-betul sihat, insya-Allah ....

Saturday, December 26, 2009

:: Kembali Ke Wad Songket .. ::

Sakit perut! itulah yang terjadi 3 hari yang lepas bila secara tiba-tiba ummi dapat diarrhoea. Nak kata salah makan, semua berjaga.. nak kata keracunan makanan, ummi sorang je yang kena.. pelik! pelik! Tapi bila cirit-birit tu disertai dengan sakit perut yang memulas-mulas .. pastu pulak sakit tu kejap-kejap datang dan pergi... itu yang buat ummi resah dan takut...


SMS kepada pakar perunding ummi, memaklumkan perkara tersebut dan diminta untuk tunggu dahulu...tapi ummi hanya mampu bertahan sehingga petang apabila diarrhoea tu semakin menjadi-jadi ... ummi tak boleh nak tahan lagi & ayah pula nak kena masuk kerja petang tu .. jadi ayah terus bawa ummi ke klinik berhampiran. Rawatan diberikan setelah ummi jelaskan tentang keadaan kesihatan ummi dan juga pembedahan yang telah ummi lalui 7 minggu lalu .. dengan harapan ubat yang diberikan bersesuaian dan sakit perut boleh hilang !


Ya .. memang diarrhoea tu tak de lepas ummi makan ubat-ubat yang diberikan, tapi timbul pulak masalah baru !! Adusss .. bermula dari hari makan ubat sehingga hari kedua, langsung pulak tak timbul isyarat nak buang angin ke .. nak buang air ke... TAK ADE !! Ahh..sudah, dalam hati ummi kira ini agaknya macam biasa kot.. ummi kena puasa lah dulu untuk bagi laluan supaya usus tu dapat berehat dan boleh teruskan "aktiviti" macam biasa ... Sangkaan ummi meleset, masuk waktu maghrib, sakit perut datang semula .. kali ini lebih mencabar sakitnya... berpeluh-peluh menahan sakit, kaki tangan semua dah sejuk2.. dan yang paling extreme bila tahap nak makan pun dah sakit, tak selera dan muntah semula .. itu petanda ummi memang ada masalah .. dan .. pakar perunding ummi kata berkemungkinan ubat-ubat yang diberikan oleh GP tu ada beri kesan sedikit pada usus tu .. dan ummi kena berhenti makan ubat tu sekarang ! sebelum melarat ....


Dapat sms dari pakar perunding jam 0945, ummi dikehendaki datang ke hospital jam 1130 malam .. dia nak review keadaan ummi .. masa nak pergi pun memang ummi tengah menahan sakit yang tak tentu masa 'suka-suka' nak datang tu... sudahnya sampai kat Wad Songket, ummi diperiksa dan akhirnya diminta untuk bermalam disitu untuk proses pemerhatian sementara keesokannya ummi kena buat x-ray .. Nahh!! dah terlantar kat katil hospital semula. Masa buat admission pun dah pukul 12 lebih... nak ambil darah, nak kena pasang branula lagi.. semua tu "masalah" sbb urat-urat ni dah tak boleh nak pakai lagi .. memang kalau bab ummi nak kena drip ke, apa ke yang memerlukan branula tu .. semua staff nurse kat situ surrender sebab memang payah nak dapat ... semalam pun percubaan ke3 baru menyaksikan kejayaan branula tu terletak di tangan, itupun kena pakai yang warna biru, untuk si baby ... huhuhuhu...


Dan bermulalah episod ummi kembali ke wad songket sekali lagi ...dan sehingga entri ini ditulis sebenarnya ummi masih lagi di wad dan esoknya ummi kena lalui satu lagi proses x ray untuk dibuat perbandingan oleh pakar bedah ummi ... ingatkan ummi dah tak perlu ke sini lagi lepas pembedahan aritu .. yelah .. kita hanya merancang, Allah S.W.T yang menentukan... yang baik datang dariNya.. yang buruk datang dari diri kita sendiri ... semoga ummi cepat sembuh !!


Tuesday, December 22, 2009

:.. CLEARANCE SALE ITEMS !!! ..:


@ QB Collection ... jomm.. siapa cepat dia dapat !! .....


Create your own banner at mybannermaker.com!



ALERT ! : SAHABAT DIROMPAK MELALUI PERBANKAN INTERNET

Emel yang ummi terima dari seorang sahabat untuk dikongsi supaya kita tidak menjadi mangsa seterusnya.

Minggu lepas seorang sahabat saya di Seremban dirompak RM 7500 melalui penipuan perbankan internet oleh perompak yang menggunakan komputer sebagai senjata.

Pada mulanya dia dihubungi melalui telefon mengatakan dia ada menggunakan kad kredit yang dia tidak pernah pohon dan perlu dibuat tindakan segera untuk mengelakkan tindakan undang-undang. Dia diyakinkan kemudian dengan panggilan dengan nombor dari Bank Negara. Dia menalipon semula nombor Bank Negara tersebut dan mendapati ianya dijawab oleh operator elektronik Bank Negara.

Apabila dia yakin nombor tersebut memang nombor Bank Negara dia menghubungi semula pemanggil pertama yang menggunakan talian talipon bimbit. Pemanggil pertama tadi mengarahkannya pergi ke ATM dan mengikut arahan.

Setelah mengikuti beberapa arahan dalam sekelip mata wangnya dalam akaun AmBank dirompak RM 7500 melalui perbankan internet. Dia nampak pada skrin ATM wangnya dipindahkan ke akaun seseorang.

Setelah disedari ditipu dan dirompak. Dia terus membuat laporan polis dan menyekat akaunnya di bank.

Dua minggu lepas pula ayah saya di Rembau hampir menjadi mangsa serupa. Cuma modus operandinya lain sedikit. Ayah menerima SMS mengatakan dia mendapat hadiah RM 17,000.00 , untuk mendapatkan hadiah tersebut dia perlu pergi ke ATM BSN dan mengikut arahan. Seperti sahabat saya diatas, caranya sama. Mujur akauan dalam akaun pada ketika itu tak sampai RM 20. Pemanggil minta ayah masukkan RM 2000 , tetapi ayah tidak berbuat demikian.

Kemudian ayah membuat laporan polis di Balai Polis Rembau dan menyekat akaun di bank. Menurut polis memang banyak berlaku kes rompakan perbankan internet sekarang ini. Semua golongan terpengaruh dengan penipuan secara ganjaran dan ugutan.

Mereka yang menerima panggilan seperti ini kalau tak tahu nak layan, letak sahaja talipon. Atau minta mereka poskan sahaja saman dan hadiah ke rumah. Jangan berikan butir peribadi seperti No MyKad, Alamat Rumah , Nama Penuh dan sebagainya.
Apa nak jadi ya diaorang ni? Apakan tindakan Bank Negara dan kerajaan untuk membendung kegiatan ini ? Hmmmmm........




[Minggu lepas ummi juga terima sms yang sama seperti diatas mengatakan ummi telah memenangi hadiah wang tunai bernilai RM10,000. Dan ummi diminta untuk menghubungi satu nombor yang diberikan untuk tujuan pengesahan dan sebagainya. Menyedari itu memang kerja "orang-orang yang tak bertamadun ni" maka sms itu ummi delete jerr...malasss nak layann...]
Semoga Allah S.W.T sentiasa merahmati hidup ini dan memberikan rezeki yang HALAL ... dan semoga apa yang ummi lakukan diberkatiNya...amin...

Friday, December 18, 2009

:.. 3 Things In Life ..... ..:

Bercerita tentang FRIENDSHIP .. ummi teringatkan pada Che Ta, Che Nett & Kak Ita ....

Che Ta, yang kini sedang berpantang selepas kelahiran cahayamatanya yang ke-2..kebetulan dia bersalin sehari sebelum hari pembedahan ummi, maka ummi tak dapat nak menziarahnya kerana ummi sendiri pun terlantar di katil hospital ... kami berbalas sms dan call aje.. hehehe.. anyway, Congratulations to Che Ta & Husband .. on ur new arrival ....

Che Nett, (ni semua nickname kami semasa kami sama-sama bekerja di bawah satu bumbung suatu ketika dahulu).. kini adalah seorang mama yang sangat-sangat sibuk memandangkan pembantu rumahnya sudah pulang ke Indonesia.. makanya dialah yang harus menyiapkan anakanda-anakandanya seramai 4 orang itu.. walaupun tubuhnya kecil (itu sbb kami panggil dia net..asal "kenit" hehe) tapi semangat keibuannya begitu kuat .. boleh uruskan 4 anak, suami dan kerja sekaliguss .... huhh... Tahniah Mama !!

Kak Ita, satu-satunya "kakak" ummi yang paling rapat dengan ummi, dia pun harus diberikan pujian kerana sanggup melepaskan jawatannya di sebuah syarikat yang ternama semata-mata untuk menguruskan keempat-empat orang anaknya ... huh !! semua wanita hebatkan .. malah dia sanggup untuk datang melawat ummi walhal pada masa tu keretanya bikin masalah sikitt... Kak Ita adalah pendengar ummi yang setia tatkala ummi kesakitan dan tertekan, dialah yang banyak beri dorongan dan semangat yang tak putus2 untuk ummi .. sehinggalah ke hari ini ... Terima Kasih Kak Ita... u r great!!!

and the last one .. Shaiful .. adik ummi sorang nie memang ambil berat tentang kakak sorang nie .. thanks dik for coming & sudi menemankan akak di wad dari kul 6 petang sampai ler 12 tghmalam .... sambil2 borak ngan kekandaku yg ketika itu sibuk dengan laptopnya ... kalau Shaiful tak datang malam tu .. memang jawapannya ummi kena tengok jer ayah buat kerja tanpa berborak dengan ummi ... huhhhhh ....

dan ... ia terus mengingatkan ummi tentang ini ...

"A Friend is someone who knows all about you and loves you anyway!!!"

betul tak???

p/s : Tahniah juga buat Shaiful kerana bakal melangsungkan perkahwinan dengan kekasih hatinya pada tanggal 2 Januari 2010. Harap masa tue ummi dah sihat dan boleh ke majlis Shaiful nanti ... harapannya semoga perkahwinan yang dibina ini berkekalan hingga ke akhir hayat hendaknya ... Amin ...

Thursday, December 17, 2009

:.. Bila Ummi Kembali Dengan Aktiviti Memasak !! ..:

bila hari kemalasan sedunia sudah berlalu...maka terbitlah pulak hari rajin sedunia .. sebenarnya bukan apa.. macam biasa dok pikir apa menu nak buat untuk budak2 tiga orang yang ada kat rumah ni sebabnya dioarang asyik nak mengunyah jer.. tengah terbelek-belek sambil mengemas kat dapur tu tetiba datang si kakak bertanyakan samada ummi lapang atau tidak... bila ummi tanya kenapa, dijawabnya "kalau ummi senang, boleh buat pizza tak?"... alah...ciannya... dah lama agaknya tak nengok ummi menguli ..lagipun buat sendiri lebih berkat kan..oklah.. bila ummi tengok semua bahan-bahan (yang mana anak-anak ummi gemar)ada, jadilah pizza yang dah lama ummi tak buat... huahaha.. bukan apa semenjak sakit memang ummi tak ada mood langsung nak buat itu ini... lagi pulak ditambah dengan sakit yang tak tentu masa suka-suka nak datang 'attack' ummi .. jadi buat pertama kalinya "TupperChef" itu bekerja untuk memasak pizza yang tak berapa comel tu... jadilah satu dulang untuk anakanda-anakanda ummi tersayang...

hasilnya.... taaaaaadaaaaa......

.........

amacam? ok tak?

......

......

......

Ini pulak menu simple sebab malam tadi mak datang bawakkan puding kastard cocktail untuk ummi dan anak-anak .. pulak disertakan sekali dengan tomyam campur .. apa lagi ummi cuma goreng ikan jerlah untuk tambah lauk .. pas2 dok termenung pikir nak masak apa sebab tomyam tu dah "diselesaikan" oleh anak-anak ummi ... pikir punya pikir .. akhirnya terhasillah menu ini ... Ikan Bakar Siakap TomYam ... hehehe .. sedap tauu... Shila (ex-nurse wad songket UKMSC) pun ada kat rumah ummi masa ini, jadi dia pun merasa lah ... shhheedappp katanya... aminnn....

alhamdulillah, ummi kini bertambah sihat dan boleh kembali dengan aktiviti memasak ummi.. mencuba apa saja... hehehe... semoga Allah S.W.T memelihara kesihatan ummi... amin....

sumber : Chef Hanieliza
Add Image

Wednesday, December 16, 2009

:..Pabila Melihat Sesuatu Yang Mengagumkan ... ..:


وَلَوۡلَآ إِذۡ دَخَلۡتَ جَنَّتَكَ قُلۡتَ مَا شَآءَ ٱللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّهِ‌ۚ إِن تَرَنِ أَنَا۟ أَقَلَّ مِنكَ مَالاً۬ وَوَلَدً۬ا

Dan mengapa kamu tidak mengucapkan tatkala kamu memasuki kebunmu "MAA SYAA ALLAH, LAA QUWWATA ILLAA BILLAH" (Sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud, tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah). Sekiranya kamu anggap aku lebih sedikit darimu dalam hal harta dan keturunan.
(Surah al-Kahfi [018], ayat 39)

Keterangan Ayat :

Daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Sesiapa yang melihat sesuatu yang mengagumkan, maka hendaklah dia membaca ayat di atas ini. Nescaya dia tidak akan memudaratkannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

Al-Imam Abu Muhammad al-Qadhi al-Hussein menceritakan dalam kitabnya al-Taliq Fil Mazhab bahawa, pada zaman dahulu, seorang nabi yang merasa kagum dengan bilangan umatnya yang ramai lalu dalam sekelip mata seramai 70,000 umatnya telah meninggal dunia.
Lantaran itu, Allah SWT telah mewahyukan kepadanya, “Jika kamu meminta perlindungan Allah dengan membaca doa seperti di atas tentulah Allah akan memelihara mereka.”

Menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, amatlah dituntut ke atas setiap individu yang merasa kagum terhadap nikmat Allah yang dianugerahkan kepadanya seperti kebun, tanah, rumah, harta, keluarga dan anak-anaknya agar membaca doa ini. Semoga dipelihara Allah daripada segala bencana. (al-Wabil al-Sayyib, Bab Zikir dan yang dibaca untuk terus mendapat nikmat)

Khasiat dan Kaifiat Beramal

Amalkan membaca ayat di atas apabila melihat sesuatu yang mengagumkan agar terpelihara daripada kejahatan mata yang tidak disengajakan. (Fathul Bari, bab Memohon Perlindungan Allah daripada Mata yang Jahat. Al-Azkar, Bab Apabila Melihat Sesuatu Yang Menakjubkan pada Diri, Anak atau Harta, Lalu Dia Merasa Takut akan Pandangan Mata yang Jahat)

Sumber : UtusanOnLine 10/12/2009

Monday, December 14, 2009

:.. Bila Kemalasan Melanda ..:

bila kemalasan melanda diri hari ini .. huh .. inilah jadinya .. apa pun 'malas' nak buat .. tapi sebab dok pikirkan anak-anak ada dirumah ..maka digagahkan juga diri ini untuk membuat sarapan yang tak se'gah'nya...oleh kerana sebab ummi dah isytiharkan hari ini 'Hari Malas Sedunia Ummi' ... hehehe....


bukak peti ais ada saki baki daging ayam kisar, bun mini sosej pun ada 3 lagi.. dok pikir-pikir apa nak buat bagi bebudak ni .. tup..tup..buat ajelah 'mini roti john' style ummi gak.. apa taknya .. apa barang je yang ada dalam peti sejuk tu.. nak tggu cik abg tu gi pasar .. esok katanya .. balik kerja malam .. huhhh ...


jadi ini ler rupanya .. Mini Roti John style ummi di hari malas ummi .. huhuhu .. rupa memang tak sesedap mata memandang tapi bila di"ngap" ... perghh .. habis satu pinggan besar .. siap dengan ayah sekali balik dari kerja kul 10 pagi terus mengadap ..

......

......

......


dan tak habis di situ aje.. ada menu lain .. yang simple ajelah .. Mee Hoon Sup .. pun habih jugak.. tak sampai tengahari ...

amacam roti john ummi? bley laa aaa ......


Jom tengok ... SANTAU

sabtu lepas merupakan hari pertama ummi keluar bersantai setelah sekian lama terperap, 'berpantang' dari proses pemulihan lepas dibedah bulan lepas ... disebabkan ayah pun 'off duty' hari tu, jadi kami ambil keputusan untuk keluar beli barang keperluan sekolah untuk anak-anak sementelah tinggal lagi beberapa minggu jer nak bukak sekolah .. nnt kalau ditangguh-tangguh takut ada insiden-insiden yang tak dapat nak dielakkan , dah jadi hal 'last minute' pulak dah ...
sudahnya, lepas sarapan kami ke Kamdar .. beli baju sekolah macam biasa .. tak leh gi lambat-lambat nanti dengan jalan sesaknya, dah ler ummi baru terhegeh-hegeh nak cuba jalan laju-laju.. habis beli barang, terus balik .. time tu pun orang pun dah mula bersesak kat dalam Kamdar tu .. dengan ada pertubuhan kebajikan lagi .. maka nya tak boleh lah nak cuci-cuci mata sambil menghabiskan duit ... selamattt!!
Balik dari Kamdar, ingat nak ke rumah mak, tapi mak balik ke Melaka pulak .. nengok ngumahnya di sana .... jadi kesudahannya ke Jusco, "Gedung KeluargaKu"... ahakssss.. ingat nak gi makan jer .. tup-tup angin si kakak nak tengok wayang .. puas diayat ayahnya nak tengok .. tanya punya tanya.. jawapan ayah "OK" .. ummi tanya nak tengok citer apa ..
jawapannya
......
......
......
......
......
aaaaaaa ... inilah dia .. punya kuat pengaruh iklan citer ni kat TV .. akhirnya tengok jugaklah tapi ada syaratnya .. ummi kata pada si kakak, abang dan juga adik .. ini hanya untuk tontonan sahaja.. tidak boleh nak percaya .. bukan apa budak2 ni mentaliti nya lain sikit .. nanti dia ingat semua orang dok buat benda macam tu ... bila dah ok, baru ummi beratur beli tiket untuk 6 orang termasuk si bibik .. (sengaja bawak dia bagi rehat..) show time kul 6 .. masa tu baru kul 1.30..sengaja amik lewat sbb nak balik rumah dulu.. nak mandi, solat, dan dapat zzzzzzzzzzzzzzzz jap.... kul 4 bangun, solat asar.. pas2 siap2 dan terus ke sana ...
Komen ummi ? ... lepas tengok citer Santau ni .. boleh bagi 4 bintang la kot .. plot citernya boleh tahan laa .. dengan suspension nyer .. oklah .. cuma ada bab-bab yang ummi sendiri loya .. tang tu memang tak mau tengookkk ... loyaaa beb!!
itu pun kali pertama ummi tengok wayang balik lepas dah sihat sikit ni .. lama gak beristirehat .. nak gi masa sakit dulu takut tengah layan tetiba sakit lak .. tu yang tak berani nak gi ... huhuhu ...
lepas ni ada hati nak gi tengok The Princess & The Frog, Shutter Island .. byk lagi lahhh dah masuk dalam senarai bila dah baik ni .... hehehe ...

Monday, December 7, 2009

:. Ikan Bawal Kukus Style Ummi .:

Sekarang musim orang tak sihat agaknya .. memandangkan dari minggu lepas mula dari mak, pojan, achik padil membawa ke anakanda-anakanda ummi semua dan last sekali suami pulak .. semua kes demam, sakit tekak, selsema.. langsung tak de selera nak makan, jadi nak senang dan pendek cerita ummi pun buat ikan kukus ni jer.. itupun bila ayah minta masak ala-ala kukus ke, singgang ke.. tak de selera katanya... maka lahirlah resepi ini ...

Resepi asal dari mak .. tapi ummi olah sikit .. memang bab-bab mengolah nie ummi suka.. kekadang menjadi.. kekadang tidak .. tapi tak pe kan.. try an error kata org .. huh mana tahu kot-kot satu hari nnt leh jadi chef ke ..

Ini resepi yang ummi adjust sendiri ikut selera ummi ...

Bahan-bahan

  • 2 ekor ikan bawal putih sederhana (selalu orang guna siakap atau kerapu, terpulang ...)
  • 2 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • sedikit halia (agak-agak ler ..)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 2 sudu besar sos ikan
  • sedikit garam (utk lumur pada ikan, jika perlu)
  • sedikit serbuk lada sulah (ikut suka..)
  • 1/2 cawan air
  • sebatang lobak merah (pun ikut suka..)
  • daun sup
Cara-cara memasak (ikut kaedah senang ummi ler..)

  • Bersihkan ikan, lumurkan garam sikit jika perlu (ikut individu)
  • Masukkan kesemua bahan dan ikan dalam kuali (dalam keadah ini ummi gunakan Tupper Chef ummi yg guna masa buat pizza ..hehehe)
  • Masak atas api sederhana dalam 15-20 minit
  • Siap untuk dihidang bersama nasi putih.

dan inilah hasilnya

.....

.....

.....

...

:. Petua Kecantikan Untuk Kaum Hawa .:

Wanita & Kecantikan !
... memang kalau diikut hati semua nak cantik .. ummi pun kalau ada wang saku lebih, sure tiap-tiap bulan gi jenguk Baqyah untuk buat facial .. tapi kekadang ongkos tergelincir, jadi kena cari alternatif lain .. hehe .. makanya ummi nak berkongsi info petua kecantikan nie yang ummi dapat dari seorang teman .. harap dapat membantu kaum wanita .. ada yang ummi dah cuba dan hasilnya mengagumkan .. jadi apalagi untuk rakan bloggers ummi, jom kita cuba .......

Menghilangkan Parut Jerawat
Ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada parut jerawat tersebut.Insyaallah petua ini dapat menghilangkan parut jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

Bibir Merah Semulajadi
Sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. Amalkan setiap hari. Insya-Allah ...

Bagi yang ingin melebatkan Bulu Kening
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambil daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam. Insya-Allah.

Kulit muka Licin Berseri
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu, Insya-Allah, akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

Mengelak Daripada Lebam di Bawah Mata
Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka... pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

Menghilangkan Lebam Bawah Mata
Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk..cuba lah..ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

Melicinkan Wajah (yang nie mmg ummi suka ...)
Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus.

Memerahkan Bibir Yang Hitam
Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan Insya-Allah apa yg anda hajati akan menjadi.

Memutihkan Kulit Muka
Ambil sebatang timun diparut isi dalamnya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam. Insya-Allah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.


harap-harap ada petua yang dapat membantu yaa ...


CNI Motobest Engine Oil 10W-40

Entri kali nie pelik sikit, bukan cerita pasal ummi atau keluarga tapi entri promosi minyak enjin CNI nie .. hehehe .. adinda ummi yang punya .. tapi telah dicuba dan diyakini maka ummi masukkan entri kali ni untuk dikongsi bersama ...



CNI MOTOBEST ENGINE OIL 10W-40

MAS Formulation : Metal Treatment, Additive & Synthetic

  • Minimises engine wear during start up, ensure optimum engine protection against wear
  • Oil change duration two times longer than normal oil
  • Enhances engine performance and power
  • Ensures smoother, cooler and quieter engine
  • Protects againts internal corrosion
  • Keeps engine running clean and efficient

Harga pulak .....

Utk 4 liter : Harga Semenanjung : RM108.00, Sabah/Sarawak : RM114.00

Kepada yang berminat untuk mencuba boleh email ummi atau boleh tinggalkan pesanan kat shout box tu ya ... produk sentiasa ada ....

Friday, December 4, 2009

:. Al-Hadith : Amalan Hari Jumaat Untuk Lelaki & Wanita .:



Daripada Aus bin Aus r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekali ialah hari Jum'at, maka perbanyakkanlah membaca shalawat padaku pada hari itu, sebab sesungguhnya bacaan shalawatmu itu ditunjukkan kepadaku."

Para sahabat berkata: "Ya Rasulullah, bagaimanakah shalawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya?"

Dalam sebahagian riwayat disebutkan: dengan kata-kata: "Sedangkan Tuan telah rusak tubuhnya?"

Nabi s.a.w. lalu bersabda: "Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuhnya sekalian Nabi."



Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih.
Subscribe to
sabda_nabi-subscribe@yahoogroups.com
untuk renungan bersama ...

Pembedahan Batin vs Pembedahan Moden ??


Ummi pohon jutaan kemaafan sekiranya entri kali ini ada menyentuh privasi atau persepsi individu, cuma ianya sekadar renungan atau jua boleh dijadikan panduan dan informasi dalam kehidupan sebagai seorang insan yang masih memerlukan bimbingan ke jalan yang diredhai Allah S.W.T.

Sepanjang ummi jatuh sakit akibat pelbagai komplikasi penyakit yang diduga Allah S.W.T sepanjang tahun ini, ummi sering didatangi dengan pelbagai pihak yang ingin membantu ummi dalam menangani masalah yang dihadapi .. dan ini tidak terkecuali dengan perubatan alternatif mahupun perubatan batin.

Sebelum ini ummi banyak dengar dan membaca tentang artikel ini tetapi tidak mengambil berat tentang perkara ini sehingga isu ni ada dikatakan ketika ummi berjumpa dengan pakar bedah ummi tempohari walaupun ummi tahu dia hanya sekadar berseloroh atau mungkin sengaja nak mengusik ummi, kerana sebelum ini ummi pernah bertanyakan pendapatnya tentang keadah perubatan tradisional. Padanya, menjadi hak pesakit untuk menentukannya dan sekiranya kaedah tersebut tidak dapat membantu dalam menyelesaikan masalah, maka ummi harus akur dengan pilihan yang ummi sedia ada iaitu perubatan moden. Ummi mengakuinya kerana telah mencuba pilihan alternatif/tradisional tersebut dan ummi melakukan kajian sekali bersama-sama suami dan ibu untuk memastikan keberkesanan ubat-ubatan tersebut. Hasilnya, suami dan ibu mempunyai simptom seperti yang dikatakan oleh pengamal perubatan tersebut manakala ummi pula berhempas pulas menanggung kesakitan yang teramat sangat ... dan kesudahannya terlantar di katil hospital ...

Semalam ada rakan datang menziarah ummi dan bertanyakan kenapa ummi terlalu cepat membuat keputusan untuk dibedah sedangkan ummi masih ada pilihan untuk berubat secara batin atau tradisional. Dia datang dengan harapan hendak membawa ummi berjumpa pengamal perubatan yang menggunakan kaedah batin. Jawapan ummi, ummi pasrah dan akur kerana ummi rasa itu adalah pilihan yang terbaik buat diri ummi daripada membiarkan diri terus diburu kesakitan dan memerlukan ubat penahan sakit setiap hari, setiap masa .. dan pada ummi, ajal dan maut ditangan Allah S.W.T.. sekurang-kurangnya ummi pernah mencuba rawatan tradisional dan hasilnya mengecewakan .. kalau diikutkan hati, memang ummi dah hampir putus asa, tapi ummi pasrah, tawakkal dan terima dengan sepenuh hati ujian dari Allah S.W.T ini .... apa yang ummi mampu lakukan ketika itu cuma banyakkan berzikir, muhasabah diri dan solat supaya diberi ketenangan dan ketabahan dalam diri..


Ummi ada terbaca satu entri dalam satu blog berkenaan bagaimana seorang pesakit melalui 2 pembedahan batin untuk membuang sel kanser di tulang belakang dadanya dan darah beku di kepalanya. Apa yang ditulis, peralatan yang digunakan sama seperti pembedahan moden di hospital. Sejauh mana keberkesanan dan berjayanya pembedahan itu, ummi kurang pasti kerana ianya tidak berlaku di depan mata ummi.

Dalam satu forum yang pernah ummi layari pula, ada yang mengakui kewujudan pembedahan batin ini dan memperlihatkan gambar-gambar hasil dari proses pembedahan batin tersebut.

Sejauh mana kaedah pembedahan batin ini berdiri seiring dengan pembedahan moden, wallahualam ..

Dan ini adalah sebahagian dari artikel yang ummi petik dalam majalah Dewan Masyarakat edisi Julai 2009, topik utama yg dibincangkan ialah 'Pembedahan Batin dan Kuasa Minda'.... yang mana individu yang diinterview itu adalah Prof ummi .... hehehe ..
....................................................

Menyedari isu pembedahan batin yang semakin mendapat perhatian masyarakat, sidang editor Dewan Masyarakat mendapatkan pandangan Ketua Jabatan Surgeri, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Profesor Madya Dr. Razman Jarmin. Menurut beliau terdapat dua kaedah perubatan yang diamalkan oleh kebanyakan pesakit - perubatan moden dan perubatan tradisional. Perubatan moden mempunyai prosedur ataupun ujian tertentu untuk mengesan penyakit, manakala rawatan batin berlandaskan kepercayaan semata-mata.Terdapat pesakit yang percaya penyakit mereka semakin pulih setelah mendapatkan rawatan batin. Persoalannya, adakah sesuatu penyakit itu sembuh disebabkan rawatan tersebut? Dr. Razman juga tidak menolak kemungkinan penyembuhan penyakit berlaku secara kebetulan. Hal ini demikian kerana, beliau mendapati masih belum ada bukti empirikal yang dapat menyatakan keberkesanan pembedahan batin."Kami (pakar bedah) tidak menghalang pesakit mendapatkan rawatan alternatif kerana menjadi hak pesakit menentukan rawatan yang mereka mahukan. Namun terdapat banyak pesakit yang semakin teruk setelah membuat pembedahan batin." Jelas Dr. Razman. Menurut Dr Razman, faktor yang menyebabkan pembedahan batin begitu popular dalam kalangan pesakit adalah kerana perubatan tersebut lebih mudah dipercayai dan mudah tersebar dari mulut ke mulut.

Saya cabar mereka kemukakan bukti. Jika benar mereka pakar dalam melakukan pembedahan tanpa meniggalkan kesan parut, saya berpendapat pengamal ini layak mendapat Anugerah Nobel," ujar Dr Razman yang mendakwa bahawa pakar perubatan moden juga sedang beusaha melakukan pembedahan tanpa kesan parut.

.....................................................

Berbalik kepada cerita bila pakar bedah ummi berseloroh tentang 'jika ada tok bomoh' yang dikatakan mampu merawat pesakit dengan kaedah batin, ummi tertarik untuk menulis entri ini dan berharap ada rakan-rakan blogger yang sudi memberikan komen dan pandangan.

Entri ini sekadar untuk mencari lebih informasi dan pandangan sekiranya pembedahan batin ini adalah satu kaedah yang diiktiraf dapat membantu pesakit tanpa melibatkan kos yang tinggi dan kesakitan seperti yang ditanggung oleh pesakit yang melalui kaedah pembedahan moden.

Cuma, apa yang ummi boleh katakan, ummi telah melalui hampir 5 pembedahan yang mana pembedahan yang baru berlangsung November lalu merupakan pembedahan major, alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi, ummi mampu melalui proses pemulihan dengan pantas dan baik sekali tanpa sebarang kompilasi atau masalah .... dan ini diakui oleh Stoma Care Nurse ummi dan juga pakar bedah ummi tatkala melihat wajah dan keadaan fizikal ummi walaupun baru 4 minggu dibedah ..


p/s : ummi suka quote yang kat atas ni .. mungkin ada kebenarannya .. ummi suka ketawa dan mungkin itu yang membuatkan ummi cepat sembuh .. !! hehehe ...

Thursday, December 3, 2009

:. Tapai Istimewa dari Padang Serai, Kedah .:


tapai istimewa ini dibawa khas dari Padang Serai, Kedah oleh seorang kawan ayah , Abg Din, yang telah banyak bantu ummi sekeluarga sepanjang ummi jatuh sakit ni ... sekarang dia ditugaskan di sebelah utara, berdekatan dengan kampung halamannya .. semalam dia ke sini kerana ada tugasan, maka dibawalah tapai nie untuk ummi sekeluarga ... terima kasih banyak2 ....
.
.
tengahari tadi ummi ada follow-up check up dengan pakar bedah ummi, tapi ummi tak bawakkan tapai ini untuk dia .. ummi bawakkan fruit tart yang comei-comei tu untuk Prof Razman .. hope u like it ya Prof .. next change hopefully dapat bake something yang "kebummm" maybe ... hehehe
.
.
tapai nie ummi bawakkan untuk staff nurses kat Wad Songket, UKMSC macam biasa .. untuk semua "adik-adik" ummi yang bertugas .. termasuk "adik-adik billing" tu kalau ada yang sudi ..
.
.
.
harap semuanya dapat merasa ya ....



Wednesday, December 2, 2009

:. Mini Fruit Tart .:

...........
...........
...........

nyum..nyum...comel kan tart ni.. hehehe.. tak terkata bila tengok mini fruit tart ni .. lebih-lebih lagi lepas dah keluar dari peti ais ... mak aiiii ... shedapnyaa....anak-anak ummi suka sangat.. senang diaorang nak makan sebab comel-comel .. apa lagi dari

5 bekas
.
.
.
.
bagi mak 1 bekas
.
.
.
.
tinggal 4 bekas
.
.
.
.

1 bekas dah habis makan

.

.

.


ini rasanya tak lama hayatnya tersimpan dalam peti ais ni .. maunya sekejap je licin ... hehe .. sebab comel .. hilang di mulut ...

Tuesday, December 1, 2009

:. Tahniah & Selamat Bertugas Buat Ayah .:


Tengahari tadi ayah mula lapor diri dan tugas di tempat kerja baru ..
Selamat Bertugas Ayah !!
Tahniah juga buat ayah kerana lulus peperiksaan dengan cemerlang sekali walaupun masa tu ayah terpaksa berdepan dengan dugaan ummi sakit, dengan periksa, dengan anak-anak di rumah .. tapi Allah S.W.T Maha Mengetahui dan Maha Penyayang ..
berkat kesungguhan dan ketabahan ayah dalam dugaan itu, ayah berjaya .. Alhamdulillah ...

Ummi doakan semoga ayah terus cemerlang dan menjadi contoh kepada "anak-anak buahnya" di tempat baru dan semoga tahun ini Anugerah Khidmat Cemerlang menjadi milik ayah sekali lagi seperti yang ayah dapat pada tahun lepas .. amin ..

Dan ummi juga harap, selepas pulih ini ummi dapat kerja semula walaupun
"lesen untuk bekerja" telah ditarikbalik oleh ayah .. kalau tak dapat kerja, ummi harap dapat sambung belajar seni kulinari yang dah lama terpendam dalam hati ni .. nak terus belajar jadi professional lagi ..
hehehe...

:. Kek Harijadi Adik .:

Abang dan adik masing-masing dengan mask "Spiderman" & "Minnie" ..


sambut ala kadar dengan kakak dan abang nya saja memandangkan keadaan ummi belum pulih sepenuhnya nak buat parti .. hehehe .. insya-Allah dik ..




Monday, November 30, 2009

Happy Birthday Little Princess, Nurin Adleena ..


Lilypie - Personal pictureLilypie

Happy Birthday Adik !!



Insya-Allah, kalau berkesempatan, nanti ummi buatkan sesuatu untuk adik ya...


Ini masa diaorang lepas geram sebab dah lama tak dapat berjalan-jalan ke Alpha Angle.. tempat diaorang selalu lepas tension main game .. hehehe ., maklumlah lepas bulan puasa haritu, pastu raya lak ummi selalu tak sihat dan kena ke hospital hari-hari.. pastu pulak operation awal bulan November aritu .. hari ini ummi rasa agak sihat sikit walaupun baru 3 minggu, ummi cuba jalan pelan-pelan demi anak-anak sebab dah agak lama diorang ni tak bersantai ...
kesian kat anak-anak ummi ...