Photobucket

````````````````````

Monday, August 31, 2009

Pembedahan Ditunda .. Penantian Suatu Penyeksaan ..

Pagi tadi ummi dapat panggilan dari Wad Songket mengatakan yang pembedahan ummi yang dijangka berlangsung esok ditunda atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan oleh pakar bedah ummi. Insya-Allah tarikh baru akan diberitahu nanti .. ummi masih kena teruskan dengan ubat dan injection dulu sementara menantikan tarikh baru tu... haru...haru ... inilah yang dikatakan penantian suatu penyeksaan .. bukannya apa .. penatnya tak terkata dengan nak menanggung sakitnya lagi, nak ke hospital hari2 lagi...adusss.. tapi apakan daya ummi...Allah S.W.T yang menentukan....mungkin ada hikmah disebaliknya...


Biskut Cornflakes Kelapa Madu



Biskut Cornflakes Kelapa Madu ... hehehe.. antara biskut kegemaran anakanda-anakanda ummi tercinta... sudah 3 malam menginap di rumah mak, maka terhasillah biskut ini di kala menunggu saat untuk berbuka... lagipun memang ummi tengah mengidam-ngidam nak buat2 biskut ni... ingatkan nanti takut tak berkesempatan nak buat kalau dah kena operate, jadi semalam pergilah memborong bahan-bahan nak buat biskut ni dengan mak & hubby tercinta.. lepas tu balik rumah, kasi bikin lah satu resepi yang simple ni... dalam dua bekas, sampai rumah tinggal sebekas jer.. yang lain dah kena sapu dek anak-anak dan adik-adik ummi ... habis membakar semua dok menunggu jer...sudahnya lepas berbuka satu bekas licinn....huhuhu....




Friday, August 28, 2009

Salam Kemerdekaan Ke 52


Salam Kemerdekaan Yang Ke 52... 1 Malaysia !

Happy Birthday Uda Po-g & Uda Aida ...



Selamat Ulangtahun Kelahiran bagi kedua-duanya.. Uda Po-g dan Uda Aida yang sambut besday sama-sama dalam bulan ni... hehehe.. sorri ummi tak sempat laa nak buat apa-apa untuk korang...Semoga Sukses Selalu !! dari ummi dan keluarga.....



Mask untuk Si Kecil Ummi ...


mask ini ummi beli dari peniaga di wanitamelayu.com juga, Saliza namanya.... face mask untuk anak-anak ummi tercinta...sebagai langkah keselamatan ketika berada di luar.. uniknya face mask ini boleh dibasuh...



comel tak saya .. ??


Thursday, August 27, 2009

Dugaan Hebat Buat Ummi

Mungkin ini antara n3 ummi buat setakat ini kerana selepas hari Ahad ini, ummi terpaksa berehat sementara bagi memulihkan diri....

Tghari tadi ummi ke hospital bertemu pakar perunding ummi @ pakar bedah untuk mendapatkan kepastian tentang sakit ummi ni... setelah mendapat penjelasan yang jelas dan setelah rundingan dibuat, akhirnya ummi terpaksa akur dengan dugaan yang hebat ini dan bersetuju untuk menjalani satu lagi pembedahan "colectomy" dimana ada bahagian usus di kawasan sigmiod akan dipotong (dalam erti kata yang senang lah ummi nak cakap) .. dan ummi terpaksa menggunakan "stoma bag" untuk sementara waktu bagi membuang air besar sementara kawasan yang telah dipotong tadi pulih sepenuhnya... menurut kata doktor, berkemungkinan besar kawasan tersebut yang menyebabkan ummi kesakitan sekarang .. menurut kata doktor lagi, sigmoid colon ummi terlalu panjang dan ini menyebabkan halangan .. apa yang ummi khuatirkan, pembedahan ini memerlukan luka yang agak besar memandangkan sebelum ini pembedahan ummi dilakukan secara laparoscopy.

Ummi akan dimasukkan ke wad pada hari isnin, semasa kita semua menyambut kemerdekaan yang ke 52 dan berharap pembedahan yang bakal berlangsung pada hari Selasa depan ini berjalan lancar. Semoga tiada lagi kesakitan yang perlu ummi tanggung selepas ini melainkan kesakitan untuk memulihkan luka di perut saja...

Apa yang ummi harapkan, biarlah dugaan yang hebat ini berakhir .. ummi pasrah .. namun ummi bersyukur kerana ummi antara insan yang diujiNya...

Semoga dengan kemerdekaan ini juga akan memerdekakan (maaf kalau tersalah kata) ummi dari segala penderitaan yang ummi tanggung selama 1 tahun ini...amin...


Dugaan demi dugaan ...

Ramadan ini menandakan telah setahun ummi jatuh sakit....agak sayu juga apabila melihat tubuh yang dulunya agak berisi kini semakin susut. Dugaan bermula selepas ummi didiagnosa mengidap "adhesion colic" pada October 2008, dan bermulalah pembedahan pertama pada 7 November 2008, diikuti dengan pembedahan kedua pada 26 Februari 2009, ketiga pada 5 Mei 2009 dan keempat pada 23 Jun 2009. Sesungguhnya hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu betapa sedihnya hati ummi ini dikala menghadapi semua dugaan ini...ummi hanya mampu berserah pada takdir dan berdoa agar kesihatan ini kembali pulih seperti sedia kala...

Kini, ummi diuji sekali lagi dengan satu lagi dugaan dariNya...

Beberapa siri prosedur telah ummi lalui... daripada prosedur colonoscopy, CT Scan, 'Manometri', 'Barium Enema' dan terakhirnya ujian 'Defecating Proctogram' ,semua itu telah ummi lalui dalam masa 2 bulan ini dan kini ummi hanya menantikan keputusan dari pakar yang merawat ummi untuk tindakan selanjutnya ... ummi hanya bergantung kepada ubat-ubatan dan injection 'Pethidine' untuk meredakan kesakitan yang ditanggung..

Ummi hanya mampu untuk terus berdoa agar diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan ini dengan tabah dan sabar bagi meneruskan kehidupan seharian ummi...Terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu dan terus memberi sokongan kepada ummi untuk berjuang demi diri dan keluarga tercinta...

Terima kasih tidak terhingga kepada suami tercinta yang telah banyak berkorban demi membawa ummi ke hospital tidak kira siang, tengahari, malam atau subuh semata-mata untuk meredakan kesakitan ummi. Anak-anak ummi yang sering mendokan agar ummi nya ini pulih kembali, ibu ayah, mertua dan seluruh ahli keluarga yang lain yang tak putus-putus beri semangat buat diri ummi.


Tuesday, August 25, 2009

Aida "Pai Tee", Kuih Siput "Bonda" dan Kurma ...



Inilah hidangan 'pembuka selera' berbuka puasa bagi kami sekeluarga pada hari pertama Ramadan...
terima kasih pada Uda Aida kerana sudi membuat "Pai Tee" ...
memang semua menggemarinya .. termasuk keluarga ummi terutama ayah..hari Sabtu semua berkumpul di rumah mak ummi di Wangsa Maju... lagipun anak-anak dah mula cuti sekolah..




ini pulak kuih siput...hehehe...resepi bonda tercinta.. bagi mengisi masa sementara menunggu masa untuk berbuka, kami beramai-ramai buat kuih siput ni..hehehe.. lepas tu sebahagiannya menjadi santapan selepas berbuka....


dan semestinya tidak dilupakan menu utama berbuka....jeng..jeng..jeng... ini wajib ada atas meja makan...





Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Dengan tibanya bulan Ramadan, ummi ingin mengucapkan kepada semua masyarakat Islam di mana sahaja berada, selamat menyambut bulan Ramadan yang mulia ini untuk berpuasa, beramal dan menyucikan diri.




Friday, August 14, 2009

Puisi : Indahnya Malam Pertama Kita ..

Indahnya malam pertama kita

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...

Tuk merenungkan indahnya malam pertama

Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata


Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut

Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara


Hari itu...mempelai sangat dimanjakan

Mandipun...harus dimandikan

Seluruh badan Kita terbuka....

Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .

Tak ada sedikitpun rasa malu...

Seluruh badan digosok dan dibersihkan

Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan

Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....


Itulah jasad Kita waktu itu Setelah dimandikan.. ,

Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih

Kain itu ...jarang orang memakainya..

Karena sangat terkenal bernama Kafan

Wangian ditaburkan kebaju Kita...

Bahagian kepala..,badan. ..., dan kaki diikatkan


Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita

Keranda pelaminan... langsung disiapkan

Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga

Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul

Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga

Serta rasa haru para handai taulan


Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir

Akad nikahnya bacaan talkin....

Berwalikan liang lahat..

Saksi-saksinya nisan-nisan. .

Yang telah tiba duluan Siraman air mawar..

Pengantar akhir kerinduan


Dan akhirnya....

Tiba masa pengantin..

Menunggu dan ditinggal sendirian,

Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan


Malam pertama yang indah atau meresahkan..

Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah

Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah tlah pergi.....

Sang Malaikat lalu bertanya

Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...

Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur.....

Kita tak tahu...

Dan tak seorangpun yang tahu....



Puisi ini telah dikirim oleh seorang sahabat untuk kita renungi dan tatapi bersama...

Kek Sponge Oren

Inilah hasil kek sponge oren buatan ummi... sedapp.. hehehe...
tepung kek ini ummi pesan dari Asma, peniaga di WanitaMelayu.com ...
kepada sesiapa yang nak cuba tepung kek asma ni, boleh layari web http://www.wanitamelayu.com/ atau email Asma di asmaliza0207@yahoo.com.my ... maklumlah orang sakit macam ummi ni asyik teringin nak makan itu ini, maka dengan kehadiran Asma dengan tepung kek ini sedikit sebanyak meringan tugas pesakit sorang ni nak buat kek...
terima kasih Asma...!!



dalam oven....


inilah hasilnya... kek sponge oren...



Thursday, August 13, 2009

Epal Hijau & Jus Oren bantu rawat Selsema Babi?

Ummi ada terbaca dalam email kawan2 mengatakan memakan buah-buahan segar atau yg dibuat jus juga boleh membantu mencegah H1N1 yang semakin berleluasa ketika ini ... ini ummi selitkan artikel tersebut untuk kita sama-sama mencuba, Insya-Allah...




Epal Hijau

  • Immunostimulant: alpha-linolenic acid, ursolic acid, quercetin, caffeic acid, rutin, chlorogenic acid, ferulic acid, protocatechuic acid

  • Anti-inflammatory: alpha-linolenic acid, rutin, quercetin, caffeic acid, ferulic acid, hyperoside, isoquercitrin, protocatechuic acid, Lympocytogenic: alpha-linolenic acid

  • Antiviral: lutein, silver, chlorogenic acid, ferulic acid, protocatechuic acid, quercetin, quercitrin

  • Antioxidant: rutin, quercetin, caffeic acid, chlorogenic acid, ferulic acid, hyperoside, isoquecitrin, protocatechuic acid, sinapic acid, lutein

  • Antiflu: caffeic acid, hyperoside, quercetin, quercitrin, rutin

  • Antitussive: protocatechuic acid

  • Antispasmodic: caffeic acid, ferulic acid, protocatechuic acid, quercitrin, rutin



Jus Oren


  • Immunostimulant: alpha-linolenic acid, caffeic acid, ferulic acid, rutin

  • Anti-inflammatory; alpha-linolenic acid, alpha-terpineol, caffeic acid, diosmin, ferulic acid, gamma-terpene, hesperidin, limonene, naringenin, rutin

  • Antiviral: caffeic acid, ferulic acid, hesperidin, limonene, lutein, scuttelarein

  • Antioxidant: alpha-carotene, caffeic acid, diosmin, ferulic acid, hesperidin, lutein, malic acid (synergist), naringenin, naringin, neohesperidin, p-coumaric acid, rutin, scuttelarein, sinapic acid, tangeritin, terpen-4-ol

  • Antiflu: caffeic acid, limonene, p-cymene

  • Antitussive; terpen-4-ol

  • Antispasmodic; caffeic acid, ethyl acetate, ferulic acid, myrcene, neral, p-coumaric acid, rutin

  • Expectorant (bantu kahak mudah mengalir): betaine, limonene
    Bronchorelaxant: hordenine

Untuk epal dan oren, terdapat fitokimia yang bersifat antibakteria juga. Di dalamnya terdapat juga kandungan ascorbic asid yang mempunyai pelbagai sifat terapeutik.

Jadi, epal dan oren tidak seperti air kosong yang dijampi. Allah jadikan kedua-duanya penuh dengan pelbagai sifat terapeutik.

Untuk keterangan lanjut, boleh layari web : http://www.sembangherba.blogspot.com/

Bagaimana seorang pelajar yang telah disahkan oleh pihak hospital menghidap selsema telah mengambil 6 biji epal hijau sehari (sebiji pada setiap 1-1 1/2 jam) bersama jus oren segar tanpa gula (berjumlah 3 gelas sehari, pengambilan dijarakkan). Simtom-simtom selsema babi yang beliau hidapi semakin berkurangan secara ketara selepas 2-3 hari mengamalkannya.


Wallahualam...

Ujian Defecating Proctogram

Semalam ummi dah pun selamat menjalani ujian 'Defecating Proctogram' di Hospital UKM. Ummi rasa hasil dari ujian tersebut akan memberikan impak yang besar dalan diri ummi kerana setelah selesai ujian tersebut, ummi dikehendaki berjumpa dengan Pakar Kolorektal, Prof. Dr. Ismail pada hari rabu depan. Ini yang membuatkan hati ummi tak tenang kerana ummi tahu ada tentu ada perkara yang ingin disampaikannya.


Ketika ummi buat ujian semalam pun, ada kira-kira 6 orang doktor dalam bilik tu. Pada mulanya ummi minta kebenaran untuk tidak ada ramai orang dalam bilik tu kerana ujian tu akan memalukan diri ummi tetapi pakar tersebut berjanji akan menutup suis lampu ketika ujian dijalankan. Alhamdulillah.. terima kasih Dr Agus..

Kini, ummi cuma menanti hari Rabu depan untuk terus berjuang bagi memulihkan keadaan diri ummi ini.. Ummi harap segala penderitaan ummi ini akan berakhir secepat mungkin kerana ummi sendiri sudah tidak berdaya untuk menahan lagi... Ummi perlukan sokongan dari semua pihak kerana pada ketika dan saat ini ummi seperti sudah putus asa.. cuma kepadaNya ummi bermohon agar diberi petunjuk dan kekuatan untuk menghadapi segala dugaan dariNya...


Tuesday, August 11, 2009

Ke wad lagi :(

Hari ni pergi lagi ke Wad Songket, UKMSC .. macam biasa ambil injection pethidine untuk pain relief.. cuma leh ambik kat hospital jer..insya-Allah esok ummi akan menjalani satu lagi prosedur " defecating proctogram" pukul 8.30 am.. kali ni ummi minta dengan pakar radiologi dan Prof Razman untuk membenarkan ayah masuk menemani ummi semasa sedang menjalani prosedur tu nanti.


Macam masa buat "Barium Enema" hari tu, memang lepas habis prosedur tu, ummi menangis sebab sakit, panas dan segala macam perasaan ada. Sakit tu Allah je tahu...dah jadi macam "sandwich" dibuatnya ummi. Pusing kanan, kiri, meniarap dengan keadaan perut yg kembung, sakit, penuh dengan ubatnya...huh...dugaan demi dugaan...


Ummi harap prosedur esok akan berjalan dengan lancar tanpa kesakitan yang perlu ummi tanggung lagi. Dan ummi juga harap semoga penderitaan ini akan berakhir... semoga Allah S.W.T makbulkan doa ummi...


Monday, August 10, 2009

Fahim montok... & cuppies untuk Ayah...


ini gambar Fahim yang terbaru, anak kepada Adik Busu di kg...dah lama ummi tak jenguk sebab keadaan kesihatan ummi yang tak mengizinkan ummi kemana-mana walaupun nak pulang ke kampung..huhuhu..sedih..tapi ummi harus akur dengan keadaan ini...jadi gambar ini dikirim untuk melepaskan rindu pada anak-anak buah tersayang...terima kasih adik kerana memahami situasi kakak iparmu ketika ini dan terus memberi sokongan dan doa yang tak putus-putus untuk diri ini...terima kasih...:)

Yang ini cuppies yang ummi sempat buat untuk ayah sempena hari lahir yang ke-40..ciput je..dan tak tahu lah apa nak dikelaskan..hehehe..tangan pun menggigil-gigil masa buat kek cawan ni..hehehe...semua ni hasil tunjukajar sifu, Ija dari MsG...thanks Ija, akak amat hargai...nnt bleh la komen ya...hehehe



walaupun macam kelakar, maklumlah..orang sakit yang buat..tapi ummi dapat pujian dari suami tercinta..hehehe..nak bagi semangat ler.. bibik pun tumpang buat jugak...nnt balik sana boleh meniaga cup cakes ya bik.!

Keep Smiling



Smiling is infectious,
You catch it like the flu,
When someone smiled at me today,
I started smiling too.
I passed around the corner,
and someone saw my grin,
When he smiled I realized,
I'd passed it on to him.
I thought about that smile,
Then I realized its worth,
A single smile just like mine,
Could travel round the earth.
So if you feel a smile begin,
Don't leave it undetected -
Let's start an epidemic quick
And get the world infected!


Thursday, August 6, 2009

Pendek tapi Penuh Makna

Statement ni kawan ummi forwardkan untuk kita sama-sama ingat mengingati...Pendek je tapi banyak maknanya dalam diri kita... ummi kongsikan bersama..


  • Bila Allah S.W.T cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu....

  • Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu...

  • Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia Merancang Sesuatu Yang Lebih Baik Untuk Dirimu..

Ambillah sedikit masa dan sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin boleh mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik, Insya-Allah....



Happy 40th Birthday My Dearest Husband

Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang ke 40 untuk suami tercinta...terima kasih diatas pengorbananmu selama ini, tak ternilai kasih sayangmu... semoga kasih sayang itu akan terus bersama-sama dengan kami selamanya...ummi tak sempat nak buatkan kek..tapi insya-Allah ummi dan Aida dah sama-sama sepakat nak buat makan-makan sabtu ini, kiranya diizinkanNya..maklumlah sorang pesakit lum baik..sorang lagi ibu mengandung...huhuhuu...

Tuesday, August 4, 2009

Tips Untuk Hapuskan Lipas

Ini artikel dari seorang sahabat dari SIM Group tentang bagaimana nak hapuskan lipas...ummi nak kongsi sama-sama...,jom kita hapuskan lipasss.....

Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak:
  • Memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu. Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat jugak, pastikan tempat terbenyeknya lipas itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dgn air dan sabun.
Membunuh lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
  • Sediakan bottle yang ada kepala spray. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka.
  • Dapatlah jimat duit sikit daripada dok memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect. Gunakan duit tu untuk bersedekah.
Memerangkap lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
  • Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbok kopi atau koko dalam botol. > Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar.
  • Bila dah terperangkap, spay dgn air sabun.
Mengurangkan peluang lipas cari makan dan bertelur:
  • MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN
  • Jangan biarkan sampah sarap di rumah
  • Selalu cuci bilik air
  • Sinki rumah perlu sentiasa bersih, di dalam, di bawah dan sekelilingnya
  • Buang baju buruk, kasut buruk, buku buruk dan kertas buruk. Lipas suka makan kertas
  • Seperti nasihat Nabi, makan perlu alas supaya makanan tidak bertaburan ke atas lantai.
  • Seperti nasihat Nabi, makan biar beradab, iaitu sedang duduk. Kalau biar anak-anak makan nasi atau biskut atau cokelat merata-rata rumah sambil berjalan atau berlari atau berpindah-pindah, memanglah nak jemput lipas, kuman, cacing dan macam-macam lagi.
  • 2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari almari dan bersihkan dgn vacuum. Juga buat yang sama di dalam laci-laci di rumah.
  • Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau sangkut di sana-sini. Terus masukkan dalam bakul standby utk basuh. Lipas seronok bau peluh.
  • Jangan simpan pasu bunga palsu atau bunga betul dalam rumah. Hiasi rumah tanpa kedua-dua ini.
Ummi harap kita sama-sama dapat manfaat dari artikel ini agar dapat membasmi lipas dengan cara yang betul...maklumlah kekadang lipas dah mati ni pun jadi tontonan anak-anak..tiu yang berbahaya...takut di ngappnya jer nnt...huhuhu...

Lagi Mini Pizza

emmmm..kakak minta buatkan bekalan untuknya tghari ni..dia minta ummi buatkan mini pizza... ada bahan sikit.. jadi dapatlah 5 mini pizza, 2 dibekalnya ke sekolah.. satu dah makan, tinggal dua untuk abang dan adik... jadilah...

Monday, August 3, 2009

Muffin Vanila pulak...

petang ni, tengah bosan2 lepas balik dari tengok motor ayah, ummi cadang nak buat muffin vanila..apalagi bibik pun dengan pantasnya menyiapkan oven, bahan2 semua.. dia memang minat kalau ummi kata ummi nak bakar membakar ni.. pizza pun bibik yang bakar..dia dah expert bab jaga2 api ni...alhamdulillah..terima kasih lah bibik ooii...


dalam oven...


dah siapp...untuk minum petang dengan family....

jadilah hasil kerjatangan pesakit yang belum pulih tapi dah nak buat macam-macam benda.. jadi macam ni jelah hasilnya..apapun dah habis dimakan..


Pizza Time...

hehehe...pizza hasil buatan ummi..walaupun tak se"gah" Pizza Hut ataupun Dominos Pizza, namun ummi bangga dengan hasil buatan ummi sendiri untuk keluarga tercinta... dengan menggunakan TupperChef hasil semasa menjadi dealer Tupperware, inilah pizza buatan ummi...:)


menggunakan TupperChef untuk membakar....





dan tadaaa..... hasilnya...


alhamdulillah.... selesai semuanya lepas habis membakar...inipun ummi sempat buat 2 pizza ayam "regular" size....