Photobucket

````````````````````

Saturday, January 30, 2010

::. PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING ..:

Semua orang pasti risau kalau berat badan berlebihan, tak langsing, buncit dan sebagainya, lebih-lebih lagi kaum perempuan .. cuba beberapa kaedah dibawah ni untuk menurunkannya ..... apa yang pasti kita mencuba, ummi tak tahulah samada keadah ini berkesan untuk kawan2 atau tak .. tapi insya-Allah jika ada kemahuan, disitu ada jalan kan .. oklah ini ummi sertakan tips-tips nya yang boleh kita kongsi sama-sama ... mudah-mudahan menjadi ....

Untuk Menurunkan Berat Badan

  • Minum air limau nipis boleh membantu menurunkan berat badan anda.
    Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan akan beransur turun.

  • Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

  • Air asam jawa baik dijadikan minuman harian juga akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
    Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

  • Amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina yang ditambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu setiap kali selepas makan.

Badan Kembali Langsing Selepas Bersalin (yang nie ummi pernah amalkan masa berpantang dulu, alhamdulillah menjadi ..)

  • Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua ni.
    Caranya : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
    Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis.
    Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

Untuk Mengurangkan Buncit atau Mengempiskan Perut

  • Bagi yang mengalami masalah perut buncit, boleh mencuba petua ini. Caranya : Ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi. Sesuai juga untuk ibu-ibu lepas bersalin.

ataupun

  • Petua yang mudah dan kos yang murah.
    Caranya : Ambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.

dan yang penting, ada juga senaman sikit-sikit .. kalau macam ummi yang selalu tak sempat nak bersenam tu , senaman buat kerja rumah ler jawabnya ... sedikit sebanyak membantu juga ... hehehehe ...


::.. Kebajikan Vs Dosa .::

Daripada An-Nawwas bin Sim'an r.a, dari Nabi SAW yang bersabda :
" Kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik. Dan dosa pula adalah apa yang tersimpul di dalam diri engkau dan engkau benci bahawa ia diketahui manusia mengenainya. "

(Riwayat Muslim)

Subscribe to sabda_nabi-subscribe mailto:sabda_nabi-subscribe@yahoogroups.com


Wednesday, January 27, 2010

::.. Buah Tangan Afiq & Adleena ..::


Selamat Harijadi Mohd Amir Afiq !!


hehehe ... dah besar anak teruna ummi nie ... ummi teringat kembali saat-saat ummi melahirkan abang yang tak sempat-sempat nak keluar tu .. patutnya abang dijangka lahir pada tengah bulan Mac, tapi mungkin sebab ummi terlebih rajin turun naik tangga kat pejabat tu, konon orang tua kata nanti senang nak bersalin, tu diaaa ... bukan senang dah, terlebih sudah !! hehehe .. tanggal tarikh ni lah menjadi episod dimana ketika itu ummi baru jer turun dari tingkat 19 ke pejabat ummi di tingkat 18, naik turun tangga tu ... tup .. tup .. terasa ada sesuatu yang mengalir ... ummi terus ke bilik air dan mendapati tanda lahir sudahpun keluar .. ahh sudah! kata ummi dalam hati ... nasib baik semua kelengkapan, ummi sudah siapkan dalam bonet kereta .. mana nak tahu jadi macam nielah ... ummi telefon ke hospital dan terus maklumkan pada pakar perbidanan yang ummi selalu buat check up tu .. disuruh ke hospital, amik time-off, kemas meja dan apa yang patut nak kena serah tugas ... pastu terus ke hospital ..

sampai kat hospital, bukaan sudahpun 1 1/2 cm ... hehehe .. Dr Norlida yang ketika itu "on call" bagitahu ummi dah tak boleh gi mana-mana .. dah kena check in kat wad .. hahaha .. saat tu rasa macam percaya tak percaya jer nak bersalin dah .. sebab jauh lagi tarikhnya .. Dr tu pun hairan tapi katanya mereka takkan induce atau paksa ummi bersalin .. kot-kot kalau tak bersalin sampai esok katanya boleh balik !! .... nak dijadikan cerita malam tu sakit semakin kuat, bidan periksa lagi tengok dah 3cm ... huhhh ... "memang bersalin jugak ler puan kalau tak subuh, tengahari esok", katanya ... berpeluh jantan ummi dibuatnya ... takut pun ada sebab tak ada dalam sejarah lagi bersalin awal nie .... subuh berlalu, ummi tertidur dalam ketakutan, keresahan ... hehehe .. mcm tulis novel lak ... menjelang tenghari sakit semakin kuat, bukaan sudah pun 6cm, ummi dibawa ke bilik bersalin, sakitnya memang tak terkata, entah mungkin ker sebab awal atau sebab anak lelaki ke, tak tahu tapi memang lain dari masa ummi bersalinkan kakak .... tepat jam 1.10pm, betul-betul lepas azan Zuhur berkumandang, maka lahirlah putera ummi sorang ni ... mula-mula ummi tengok dia .. betul ke anak aku nie ... hehehe .. sebab apa tau? sebab masuk 2 hari dia tak bangun-bangun, tak nangis-nangis mintak susu ke, apa ke, kulit dia pun hitam melegam, berkedut-kedut, huaaaaaaaaa ..... Dr cakap sebab dia lahir belum cukup matang ... hishshh ... sedey .. tapi laaa ni alhamdulillah, berkat tunjuk ajar dari Dr dan pihak hospital, serta tajaan susu dari KBMC, abang membesar dengan sihat dan pintar ... alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T... itulah serba sedikit memori ummi ... sori kalau terlebih cerita pulak ... tersasar dari tajuk ... bukan apa mengingatkan detik-detik itu ummi sering tersenyum sendiri ....

oklah ... ini buah tangan yang ummi, abang dan adik sediakan untuk teman-teman setadika mereka ... ummi memang tak sempat nak buat kek untuk abang sebab ummi masih belum sihat sepenuhnya, maka ayah suruh buatkan "jajan" nie untuk diberikan kepada kawan2 abang & adik ... bagi dalam kelas nanti untuk dibawa pulang .. buah tangan dari Afiq & Adleena .. ummi buat sekali sebab selalu tarikh lahir adik mesti dah cuti sekolah, jadi tak dapat nak sambut ngan kengkawan ... jadi kami buatkan sekali .. bulan pun tak berapa jauh .. hik..hik..hik..

goodies untuk kawan-kawan abang & adik ... ummi dah siapkan tinggal besok ayah gi hantar ke tadika jer ...

ummi senantiasa mendoakan semoga anak-anak ummi menjadi anak yang soleh & solehah, dan menjadi insan-insan yang berjaya di dunia & akhirat .. Amin ...

Sunday, January 24, 2010

::.. Antara PETUA ORANG LAMA ..::

Petang tadi ummi gi cuci rambut cam biasalah, aktiviti yang selalu ummi lakukan sejurus kembali dari wad ... masa untuk memanjakan diri .. hehehe .. masa dok si Ima tengah mengurut2 kepala ummi tu ... ummi pun beleklah satu majalah ni tahun 2008 kalau tak silap .. selak punya selak, ada satu halaman tu menarik perhatian ummi .. hmmm ... tajuknya "PETUA ORANG LAMA" .... haaa ... mungkin ini satu kebetulan atau kebenaran, wallahualam ... tapi antara petuanya ...

TERLALU LAMA TIDUR
  • urat menjadi tegang, menjadi seorang pemalas, "JAUH JODOH"

TERLALU KUAT MINUM AIS

  • urat menjadi kembang, badan akan cepat naik mendadak, lemah badan

TERLALU SEDIH

  • "usus" akan menjadi lemah, semangat mudah hilang

TERLALU MERANA

  • jantung akan menjadi lemah

ada banyak lagi .. tapi ni jer yang ummi ingat sebab semenjak dua sakit ini, ummi kurang dapat memberi tumpuan dan mengingati sesuatu perkara, entahler mungkin emosi .. mungkin juga tertekan ... Allah saja yang tahu ... apapun nnt kalau ummi gi cuci rambut lagi, ummi akan buat sambungannya nanti, insya-Allah ... kena pinjam majalah tu dari Ima ler nampaknya ....

kot kalau ada yang tak betul ke, ummi mohon maaf sebab ummi pun baca artikel seperti yang ditulis .. kot2 kalau ada yang nak betulkannya .. ummi alu-alukan ....

Friday, January 22, 2010

::.. Akhirnya .. Pembedahan Kecemasan Berlangsung Jua ..::

AKHIRNYA ... tak sempat nak tunggu hari sabtu atau ahad ni seperti yang dijadualkan, pembedahan kecemasan terhadap ummi telah selamat dilakukan pada hari isnin lepas, tanggal 18/1/2010 .. setelah berhempas pulas menahan kesakitan yang teramat sangat dari petang sabtu, 16/1/2010 sehingga ahad tu, maka sang suami dan pakar bedah ummi, Prof. Madya Dr. Razman telah sebulat suara bersetuju untuk menjalankan pembedahan kecemasan pada keesokkan harinya .. dah nama pun kecemasan, maka ummi pun macam ready tak ready, tapi apakan daya .. badan dah tak terdaya nak melawan kesakitan tu lagi .. jadi berserah ler pada Allah S.W.T untuk menentukan ... pembedahan berlangsung lebih kurang jam 0800 pm tu berakhir lebih kurang jam 1045pm dengan keputusannya "Adhesion Colic" ... dan sememangnya ummi dah jangka itu puncanya ....


Sakit yang teramat bermula pada petang sabtu tu mencetuskan sedikit kekalutan, apa taknya, masa tu ayah tak ada di rumah, ada taklimat di pejabatnya, telefon bimbit ditutup..maka ummi tak dapat nak hubungi ayah, telefon kepada mak dan ayahanda.. mereka bersiap nak mengambil ummi dan hantar ke hospital tapi terkandas di lebuhraya MRR2 .. jem teruk ... ummi kat rumah dah tak boleh nak bangun, sakit teramat, sakit datang dan pergi tak sampai beberapa saat ... telefon ke ateh, sakit kepala katanya tak boleh nak bangun .. Ya Allah.. dugaan betul yang Kau berikan padaku ini ... permudahkanlah laluan ummi ke hospital Ya Allah ... ummi ambil keputusan sementara nak tunggu mak dan ayahanda sampai, ummi minta bibik ke rumah jiran depan untuk meminta bantuan. Alhamdulillah, mereka terus ke rumah ummi dan terus memapah ummi masuk ke kereta dan terus ke hospital.


Terima kasih kepada Kak Aishah & suami, Kak Ros & suami serta anak-anaknya atas bantuan menghantar ummi ke hospital dan tolong jenguk2kan anak-anak ummi di rumah sementara mereka menanti nenek & datuknya sampai. Tanpa bantuan mereka, ummi tak tahu apa akan jadi kepada ummi hari tu ...


Kini, ummi berpantang seperti biasa & masih mengikut apa yang disarankan oleh doktor ... ummi mohon kepada Allah S.W.T agar diberi kesihatan yang baik kali ini sebab mengikut perkiraan pakar bedah ummi tu, kalau keadaan kesihatan ummi baik, berkemungkinan besar dalam tempoh 2-3 bulan lagi ummi memerlukan satu lagi pembedahan untuk menyambung semula usus ummi tu ... insya-Allah ... apapun semuanya bergantung kepada ketentuan Allah S.W.T kalau diizinkanNya ... ummi cuma mampu berdoa dan terus berdoa agar ummi pulih dan sihat seperti sediakala .. tak sabar rasanya nak mulakan semula kehidupan seperti dahulu .... Amin ....


Friday, January 15, 2010

::... Pembedahan Pembuka Tirai 2010 ...::

Apa lagi yang mampu ummi katakan .. inilah takdir dan ujian dari Allah S.W.T .. kini ummi menanti pembedahan "pembuka tirai 2010" untuk ummi, insya-Allah bakal berlangsung MUNGKIN pada sabtu atau ahad depan .. Kali ini ummi tak tahu apa yang bakal dilakukan oleh pakar bedah, semuanya bermula dari rentetan sakit perut ummi beberapa minggu lepas .. sekaligus menjadikan ummi sebagai pesakit yang terus menerus memerlukan siri pembedahan yang tak tahu bila pengakhirannya ...


Bergantung pada ubat tahan sakit sekarang, ummi akur dengan keputusan pakar bedah yang menjadualkan pembedahan seterusnya bagi memastikan keadaan kesakitan yang ummi alami sekarang .. tak tahu lah apa lagi ujian dan dugaan yang harus ummi lalui .. ummi pasrah .. hanya Allah S.W.T yang berhak menentukan yang baik dan buruk untuk umatnya ini .. apapun ummi harapkan semoga tidak ada apa-apa yang serius dari pembedahan ini ... semoga semuanya berjalan dengan lancar & doakan ummi ya ....


p/s : Terima kasih kepada Mr Zaid, isteri & keluarga kerana sudi berkongsi pendapat & berbalas emel dengan ummi, kami senasib & juga mengalami simptom yang sama, & kepada Mr Zaid yang bakal menjalani pembedahan major ke 3 akan datang nie, ummi doakan semoga kita sama-sama mendapat keredhaan dan tabah dalam ujian dariNya ... sekurang-kurangnya kami berjumpa rakan senasib dan berkongsi stress ... huhuhu ..

Wednesday, January 13, 2010

:... Tips Nak Halau Tikus ...:


Ummi rasa tentu ramai yang ada masalah macam ummi ... dulu tikus banyak kat dalam rumah .. pastu ada kawan bagi tips ni .. insya-Allah menjadi ...

TIPS nya: Cari dahan pokok durian belanda, kemudian letakkan di tempat yang tersembunyi misalnya di bawah almari, kabinet dapur dan sebagainya. Insya-Allah, pasti tikus akan menjauhi rumah anda.




Sekarang ni pun si menti ni cuma berkeliaran di luar pagar rumah ummi jer .. lalu lalang jer tapi tak berani masuk .. hehehe ..



Tuesday, January 12, 2010

::.. Antara Yang Mengena & Terkena ..::

Salam sejahtera khas untuk wanita (bujang atau ibu tunggal sahaja )

Jawatan PA di perlukan segera untuk melancarkan urusan perniagaan di luar negara (India, Jepun, Korea, Brunei, Singapore, Indonesia, Australia, New Zealand dan Thailand).

Syarat-syarat kelayakan :-
1. Amat fasih berbahasa Inggeris (Business English), samada membaca dan menulis.
2. Berkeupayaan untuk membuat maklum balas melalui email dengan kadar segera.
3. Jika boleh berbahasa Thai dan Jepun, akan di beri keutamaan, dan gaji juga boleh dirundingkan.
4. Berketerampilan menarik, cergas, sihat tubuh badan dan tidak bertudung.
5. Mahir dengan penggunaan komputer (Lap top Apple & Blackberry akan dibekalkan sepanjang perkhidmatan) .
6. Jikalau tiada ijazah atau diploma tetapi mempunyai ciri-ciri no 1 hingga 4, masih boleh dipertimbangkan.

Tawaran :-
1. Gaji permulaan sebanyak RM 9000.00 (untuk yang berpengalaman, gaji boleh dirundingkan) .
2. Banyak "travelling" di perlukan dari satu negara ke satu negara.
3. Selebihnya akan di beri taklimat jika dipanggil untuk temuduga.

* Kami adalah "Straight Forward" dan tidak pandai berdolak dalih, jika ada "candidates" yang tidak mempunyai item no. 3, adalah dinasihatkan untuk tidak membuang masa menghantar resume anda !

Kepada wanita "Melayu" yang berminat, anda adalah dinasihatkan untuk menghantar resume anda (simple biodata, pengalaman dan gambar jika ada) melalui email kepada alamat : XXXXXXXXXX @yahoo.com" .

Tarikh akhir untuk iklan jawatan ini adalah sehingga 15/01/2010 dan jika tiada sebarang jawapan diberikan, maka bererti jawatan tersebut telah diisi.

Sekian.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ini adalah iklan jawatan kosong yang dipost ke satu group yang ummi sendiri menjadi ahlinya. Kalau diteliti ... keutamaan HANYA kepada wanita bujang atau ibu tunggal yang sememangnya kategori ini senang nak bergerak sebab tidak perlu minta izin suami utk outstation atau ke luar negeri .... & "tidak bertudung " !!!

Ummi berharap wanita melayu kita jangan pandang kepada RMnya sahaja, sebaliknya baca dengan teliti dan lihat tawarannya terlebih dahulu... dah ler melalui saluran email sahaja yang jugak bukan e-mail syarikat ... sekurang-kurangnya kalau ada tawaran begitu hendaklah disertakan dengan nama syarikat, no pendaftaran, alamat penuh, no tel, faks dan sebagainya sebagai rujukan supaya kita tidak tertipu dengan tawaran-tawaran lumayan begini ... itu komen ummi lah .. tak tahu lah kalau ada pendapat sebaliknya ...


Kalau iklan jawatan kosong ini benar, baguslah... tapi ummi harap jangan ada lagi kes yang masuk paper muka depan, sbb mengedar dadah ke sana sini. Dah banyak kes perempuan MELAYU kena tangkap di airport luar negara dan dipenjarakan ... sebab nak cepat kejar RM yang selalunya LUMAYAN !!


Kadang-kadang ummi terfikir antara yang nak mengenakan orang dan yang terkena & akhirnya binasa badan ... Hmmmm ... tak serik-serik!!


Wallahualam ....

Monday, January 4, 2010

::.. KEMBALI KE SEKOLAH ..::


Selamat KEMBALI KE SEKOLAH .. wajah-wajah anakanda ummi bersiap untuk memulakan hari pertama persekolahan ... tahun ini abang dan adik kena berdikari sendiri sebab kakak bersekolah sessi pagi untuk sekolah kebangsaan ..

dalam kelas kat tadika .... Tadika 6 Hanafi ..

alhamdulillah, semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah, ummi lega ... kini ummi leh fokus untuk kesihatan ummi pula ... semoga anak-anak ummi menjadi insan yang cemerlang, gemilang & terbilang ... hehehe ...

Sunday, January 3, 2010

:: Ahli Baru dalam Keluarga Ummi ::


tadaaa ... ini dia ahli keluarga baru Ummi, si comel "BINTANG" ... anak kucing yang ummi kira baru berusia dalam lingkungan 5 - 6 bulan ... kesian ditinggalkan dalam keadaan kaki tercedera .. dia datang pada ummi masa ummi tengah sarapan pagi kat restoran JY, sejurus pulang dari pasar ... apa lagi ...
di sebabkan fizikal dan kecomelannya itu, mengingatkan kembali ummi kepada "BINTANG" ummi yang ummi pelihara masa ummi sedang mengandungkan si kakak .. dari umurnya masa tu pun dalam 5 bulan hingga usianya lebih kurang 3 tahun ... tapi Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang .. dia pergi meninggalkan kami ...
dan ini mungkin adalah penggantinya setelah 7 tahun ... anak-anak adalah orang yang paling gembira sekali bila ummi dan ayah bawa pulang si Bintang ini .. lepas tu ayah belikan rumah dia, tempat tidur & tempat dia nak asah kuku, beli makanan yang penuh khasiat, tinggal nak hantar gi tempat grooming & jumpa veterinar jer minggu depan .. nak pastikan keadaan dia sihat ..

:: Tips Elak Daripada Disengat ::

Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Ada seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: "Ya Rasulullah, ada sesuatu yang saya bertemu dengannya, iaitu seekor kala, lalu menyengat pada saya tadi malam."

Beliau s.a.w. bersabda: "Andaikata engkau mengucapkan ketika engkau berada di waktu petang, iaitu: "A'udzu bikalimatilahit tammati min syarri ma khalaq (Saya mohon perlindungan dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari apa saja yang diciptakan olehNya), nescayalah binatang itu tidak akan membahayakan padamu."

(Riwayat Muslim)


Subscribe to sabda_nabi-subscribe@yahoogroups.com


Friday, January 1, 2010

..:: SELAMAT TAHUN BARU 2010 !! ::..




Selamat Tahun Baru 2010 !!

Harapan dan azam ummi tahun ini semoga ummi dapat laksanakan apa jua aktiviti dan projek ummi yang banyak terbengkalai semenjak ummi sakit sepanjang tahun 2009 itu ... Insya-Allah .. dan semoga Allah S.W.T mempermudahkan segala urusan .. dan juga ummi berdoa agar ummi pulih seperti sediakala !!

ini pulak gambar-gambar ihsan seorang rakan ... tatkala rakyat Malaysia menyambut kedatangan tahun baru ..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
malam tahun baru disambut dengan Gerhana Bulan !!