Photobucket

````````````````````

Thursday, July 15, 2010

~~ Moga Ayahanda Cepat Sembuh ~~

Salam,

sepi blog ni sekejap ...


sebab ayahanda ummi jatuh sakit tanggal 1hb Julai aritu ... dan terus dimasukkan ke wad sehingga 6hb ... yang peliknya doktor bertugas boleh discaj kan dia walaupun masa tu masih ada lagi darah dalam air kencingnya ... sungguh pelik .... balik rumah ingatkan boleh berehat sementara menunggu tarikh pembedahan pada bulan Ogos nanti, sudahnya kami terpaksa kejarkan ayahanda semula ke hospital kerana kesakitan yang teramat sangat ...


... sedih, sayu mengenangkan kesakitan yang ditanggung ayahanda tatkala hendak membuang air kecil ... mengerang kesakitan ... rasa macam dah tak de air mata nak keluar melihat keadaan dia sebegitu ...


dek kerana kebuntuan nak buat apa, ummi ambil keputusan untuk menghubungi pakar bedah ummi dan memaklumkan tentang keadaan ayahanda ... niat di hati cuma nak minta pendapat dan apa yang perlu kami lakukan masa itu ... tapi pakar bedah ummi meminta kami membawa ayahanda ke wad khas dan menanti kedatangannya di sana ... alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada pakar yang sudi melihat keadaan ayahanda dulu ...


setelah diperiksa keadaannya tengahmalam tu, doktor meminta supaya ayahanda berehat di wad dalam 1-2 hari untuk pemantauan ... syukur kepada Allah S.W.T kerana kesakitan itu berkurangan dan ayahanda kembali bersemangat walaupun masih ada saki baki sakit ...


bermulalah episod ayahanda ummi pulak menjadi penghuni di Wad Songket, Bilik Songket 3 ... hehehe ... macam menggantikan tempat ummi pulak ... apapun selepas 2 hari berada di wad khas tu, ayahanda dibenarkan pulang dan kini menanti temujanji bersama pakar urologi pada isnin depan ... harapnya tarikh pembedahan tu dapat dipercepatkan sedikit ... biarlah hilang segala penderitaan yang ditanggungnya selama 4 bulan ini ....


Kami sentiasa disisi mu dan senantiasa berdoa semoga ayahanda cepat sembuh !


p/s : untuk n3 akan datang, ummi akan perkenalkan ahli keluarga baru ummi ... hehehe ...

No comments: