````````````````````

Thursday, August 18, 2011

::.. cerita dari G.e.R.o.B.o.K ** U.m.M.i. lagi ..::



salam,


... cerita dari G.e.R.o.B.o.K ** U.m.M.i. lagi ....


alhamdulillah .. walaupun ummi berkesempatan untuk buat promosi secara online hanya seketika kerana keadaan yang tidak mengizinkan, namun masih ramai yang menyokong ummi ...


hakikatnya ... selepas promosi T-muslimah dari G.e.R.o.B.o.K ** U.m.M.i ... order yang ummi terima amat menggalakkan ... hampir tidak percaya tapi itulah kenyataannya ....


inilah dikatakan rezeki .... alhamdulillah, bersyukur ummi kepadaNya kerana masih diberi peluang dan kekuatan dalam diri untuk terus maju ....


... yang ini sebahagian order dari pelanggan G.e.R.o.B.o.K ** U.m.M.i ... ummi cuma berkesempatan secara offline sahaja ... itupun tak menang tangan nak handle ...




terima kasih kepada semua pelanggan G.e.R.o.B.oK ** U.m.M.i. yang masih terus menyokong dan sudi singgah di blogshop ummi .....


insya-Allah, ummi akan cuba sebaik mungkin untuk terus memberikan produk yang terbaik ... dan berharap agar semua pelanggan G.e.R.o.B.o.K ** U.m.M.i berpuas hati dengan apa yang kami tawarkan ....

semoga G.e.R.o.B.o.K ** U.m.M.i. terus maju .... !!




Wednesday, August 10, 2011

:.. Selamat Ulangtahun Kelahiran ... Suamiku ..::



Salam,




tanggal 4hb Ogos .....




maka disambut dengan meriahnya oleh rakyat jelata yang berlima ini ...




hehehehe ...




Selamat Ulangtahun Kelahiran buat


suamiku yang tercinta ... ayah kepada anakanda2 ku yang tersayang ....








walaupun tak semeriah mana ... tapi ummi harap dengan kehadiran kami sekeluarga dapat mengeratkan lagi hubungan kami anak beranak ...




tanpa gangguan ...


tanpa kekacauan .....




alhamdulillah ... kami bersyukur atas nikmatMu YA ALLAH ....




kerana mengurniakan kami seorang insan yang tabah mengharungi detik2 susah senang


bersama ....

ulangtahun kelahiran ayah disambut dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak ... jadi kami ambil kesempatan ini untuk buat surprise kat ayah ler .... anak2 ini menjadi ajer sebab diaorang nak ponteng kelas tuisyen malam tu .... :(




kami buat keputusan untuk berbuka puasa di Secret Receipe, Jusco Cheras Selatan ..




makan pun yang simple-simple aje ... dan paling tak lupa en. kek ....







turut serta meraikan ayah ialah Cikgu Siti yang merupakan tutor persendirian anak2 ummi sekarang dan juga bibik ... my pembantu lerr .....




Cikgu Siti, terima kasih ya sebab bagi skip kelas malam tu .. tapi sudah diganti yea dengan hari sabtu selepas itu ... hehehehehe ....




sebenarnya ... citer pasal hadiah ... hadiah dah dapat lama dah ... masa hari bapa lagi ... so kira ini in advance lah yea ....




hadiah yang tak seberapa dari kami ...... untuk ayah .... sempena hari bapa merangkap harijadi sekali .......





kami sengaja beli ini sebab kami tahu ayah selalu letih .. dan minta anak2 picit-picit untuk kurangkan rasa letih ... tapi jari jemari yang mengurut tu tak ler seberapa kuatnya ....


jadi untuk menghilangkan rasa penat tu .. harapnya Smart Lounge ini boleh membantu ...

Selamat Ulangtahun Kelahiran ... Suamiku !!!






Tuesday, August 9, 2011

Saturday, July 30, 2011

::. Ramadhan Mendidik Jiwa .... Salam Ramadhan ...::





Puasa mendidik jiwa untuk takut kepada Allah s.w.t. dalam keadaan sembunyi atau terbuka. Lantaran tiada siapa yang memantau atau memerhati orang yang berpuasa melainkan Allah s.w.t.

Prof. Doktor Wahbah az-Zuhaili. (di dalam Tafsir al Munir : Juzuk kedua/ muka surat 130. Cetakan Darul Fikri Damsyik) ketika menafsirkan ayat ini menyebut bahawa Ibadah Puasa melahirkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t melalui beberapa faktor :

1. Puasa mendidik jiwa untuk takut kepada Allah s.w.t. dalam keadaan sembunyi atau terbuka. Lantaran tiada siapa yang memantau atau memerhati orang yang berpuasa melainkan Allah s.w.t. (Seseorang boleh makan lalu berpura-pura lapar di hadapan manusia tetapi tidak di hadapan Allah s.w.t. Justeru Allah s.w.t adalah Tuhan yang Maha Mengetahui)

2. Mengekang keterlanjuran syahwah dan meringankan pengaruh serta penguasaannya. (lantaran puasa melemahkan gelora nafsu)

3. Mencetus naluri yang peka (sensitive) dan bersifat belas simpati terhadap insan yang lain. (Lapar sewaktu berpuasa adalah mengingatkan kita kepada mereka yang miskin dan tidak bernasib baik)

4. Ibadah puasa memahamkan kita pengertian persamaan kedudukan taraf orang–orang kaya dan miskin. (di sisi Allah s.w.t)

5. Meletakkan kehidupan Insan dan pengurusannya di atas sistem (yang benar dan menepati fitrah) dan mendisiplinkannya.

6. Memulihkan struktur dalaman tubuh, menguatkan kesihatan dan membebaskan jasad dari sebarang unsur yang memudharatkan jasad.



يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَتَّقُواْ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّكُمۡ فُرۡقَانً۬ا وَيُكَفِّرۡ عَنڪُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ ٱلۡعَظِيمِ
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar
[Surah Al-Anfal 8 : Ayat 29]




Salam Ramadhan dari kami sekeluarga ...



GUCCI .....




surprise yang tak disangka-sangka ... menjelang bulan Ramadhan ... ummi sekali lagi dikejutkan dengan pemberian dari ayah ... suamiku tercinta ...



minggu lepas, kami sekeluarga ke KLCC ... macam biasalah anak-anak ummi ke Petrosains ... membeli bahan-bahan eksperimen ler katakan ...



lepas makan, niat di hati nak ke butik COACH aje .. sambil jamu-jamu mata tengok latest handbag ... kot kalau ada satu yang ada sale, boleh ler beli ... tapi tup-tup ayah kata .. cubalah try jenama lain pulak, coach kan dah ada ... katanya ...




dup..dup..dalam hati alamak .. bos suruh tukarlah tapi ummi tak siap budget.. kalau lain sure 2-3K punya ... on the way nak ke coach .. lalu depan butik GUCCI ... ayah kata .. nak masuk tak .. tengok kot ada yang berkenan .. ummi kata mahal ler .. budget tak cukup .. tak bawak ...



so, dia kata ... masuk jelah ... hehehehe .. dalam hati berbunga-bunga ... mesti dia nak belanja ni ...



betul tekaan ummi, hobo menjadi pilihan ayah ... lepas dibelek-belek, sesuai untuk kegunaan ummi ... maka terjadilah satu urusniaga di sana ... confirm ayah belikan ...



alhamdulillah .... memang mahal dan tak terduga ummi harganya ... tapi memang berbaloi-baloi dengan kualiti dan ketelitiannya .. cantik .. fabriknya memang berbeza dengan yang replika .. itu sebab dia mahalllll .....



terima kasih kepada suamiku yang tersayang ... hanya doa dan kasih sayang yang ummi mampu hadiahkan untuknya ...



kata ayah, itu handbag raya ... hehehe ... oklah ...