Photobucket

````````````````````

Tuesday, July 27, 2010

::.. Ikan Talapia Laut Kukus Ala Portugis ..::

Cuaca kebelakangan ini agak tidak menentu, kejap hujan, kejap panas terik, kejap mendung ... alhamdulillah ... syukur ....


menu kali ini macam simple .. main campak-campak jer .. masa ini pun ummi kena rushing sebab ayahanda dimasukkan ke wad semula ... jadi masa teramat suntuk untuk masak menu lain, jadi terhasillah menu yang simple ini untuk santapan tengahari ... makan ngan nasi putih + sambal tempoyak cili padi ... mmmmmppppphhhh .....


mula-mula camni ...
masuk semua dalam TupperChef tu ...
lumur semua bahan ....
letak sekali broccoli ...
sekali kukus ... senang ...



tutup TupperChef .... kukus dalam lebih kurang 15 minit ...



dan hasilnya ....



cedaappp .... hehehe ...



Bahan-bahan
Seekor Ikan Talapia Laut
Perencah Ikan Kukus Mak Nyonya
Broccoli
Serbuk Lada Hitam (Black Pepper Coarse) secukup rasa
2 sudu Sos Ikan
serai (dititik)
air secukupnya


kalau ikut perencah sedia ada tu, letak perencah tu jer, tapi ummi modified sikit letak serbuk lada hitam & sos ikan .... terpulang pada cita rasa masing-masing ... dan ikan talapia yang ummi gunakan tu ialah ikan talapia laut (yang didatang khas dari Singapura ... hehehe ... harga pun memang mmmmmphhhh ... tapi berbeza rasa dari ikan talapia yang ada di sini) .....
resepi yang agak kelakar tapi hasilnya kita tanya "bos" a.k.a ayah a.k.a suamiku itu ... katanya ... memang best !!! alhamdulillah ... terima kasih daun keladi ... nnt puji-pujilah lagi .... yeayyyy ...

:.. Si Kembar Dalam Acara Sukaneka Tadika ...::

Salam,


cerita yang sedikit dah basi agaknya tapi tak pe ... disebabkan ummi kesuntukan masa waktu tu, jadi tak sempat nak update ...


Tanggal 17/7/2010, sukaneka Tadika & Seri As-Syakirin telah selamat berlangsung dengan jayanya ... disebabkan kedua-dua kembar tu masuk 2 acara setiap sorang, maka berkobar-kobar ler ummi dan ayah serta kakak untuk turut meraikan sukaneka mereka pagi tu walaupun cuaca agak panas dan terik tapi disebabkan nak bakar semangat kedua-duanya ... panas pun panas ler .. tak pe ... janji abang dan adik bersemangat gitu !! Go! Go!




ummi tak dapat nak ambil gambar byk sbb ruang untuk acara dijaga oleh penjaga garisan ... hehehe .. maka bila dah habis acara baru dapat itupun sebab abang dengan adik kehausan ... huhu ... cian ... tapi lepas tu sambung balik ngan kawan-kawannya pulak ... sudahnya ini jer yang dapat .. ligat bukan main .. tak dapat nak cari diaorang nie ...


masing -masing dengan 2 acara setiap sorang ....


abang yang mewakili Rumah Merah bersaing dalam acara Batton dan Gelang Gergasi yang menduduki tempat kedua dan ketiga .....


adik pulak mewakili Rumah Hijau dalam acara Run Run The Rings dan Lontar Peluru ( huhh..dengar pun macam tak caya .. lontar peluru tu..) yang juga mendapat tempat kedua dan ketiga ..


alhamdulillah, semangat kesukanan tu dah ada .. harap tahun depan untuk Sessi Tahun 1 mereka mudah menyesuaikan diri dan tak perlu nak kena tunggu-tunggu sebab dah 2 tahun masuk sekolah dah ....


ummi bangga dan seronok dengan pencapaian mereka setakat ini baik dari segi pelajaran mahupun permainan ...
alhamdulillah ....



p/s : tak sempat nak upload gambar ahli keluarga baru ummi, insya-Allah dalam masa yang terdekat yea ....

Thursday, July 15, 2010

~~ Moga Ayahanda Cepat Sembuh ~~

Salam,

sepi blog ni sekejap ...


sebab ayahanda ummi jatuh sakit tanggal 1hb Julai aritu ... dan terus dimasukkan ke wad sehingga 6hb ... yang peliknya doktor bertugas boleh discaj kan dia walaupun masa tu masih ada lagi darah dalam air kencingnya ... sungguh pelik .... balik rumah ingatkan boleh berehat sementara menunggu tarikh pembedahan pada bulan Ogos nanti, sudahnya kami terpaksa kejarkan ayahanda semula ke hospital kerana kesakitan yang teramat sangat ...


... sedih, sayu mengenangkan kesakitan yang ditanggung ayahanda tatkala hendak membuang air kecil ... mengerang kesakitan ... rasa macam dah tak de air mata nak keluar melihat keadaan dia sebegitu ...


dek kerana kebuntuan nak buat apa, ummi ambil keputusan untuk menghubungi pakar bedah ummi dan memaklumkan tentang keadaan ayahanda ... niat di hati cuma nak minta pendapat dan apa yang perlu kami lakukan masa itu ... tapi pakar bedah ummi meminta kami membawa ayahanda ke wad khas dan menanti kedatangannya di sana ... alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada pakar yang sudi melihat keadaan ayahanda dulu ...


setelah diperiksa keadaannya tengahmalam tu, doktor meminta supaya ayahanda berehat di wad dalam 1-2 hari untuk pemantauan ... syukur kepada Allah S.W.T kerana kesakitan itu berkurangan dan ayahanda kembali bersemangat walaupun masih ada saki baki sakit ...


bermulalah episod ayahanda ummi pulak menjadi penghuni di Wad Songket, Bilik Songket 3 ... hehehe ... macam menggantikan tempat ummi pulak ... apapun selepas 2 hari berada di wad khas tu, ayahanda dibenarkan pulang dan kini menanti temujanji bersama pakar urologi pada isnin depan ... harapnya tarikh pembedahan tu dapat dipercepatkan sedikit ... biarlah hilang segala penderitaan yang ditanggungnya selama 4 bulan ini ....


Kami sentiasa disisi mu dan senantiasa berdoa semoga ayahanda cepat sembuh !


p/s : untuk n3 akan datang, ummi akan perkenalkan ahli keluarga baru ummi ... hehehe ...