Photobucket

````````````````````

Wednesday, July 13, 2011

~~ Hari Pertama ... Percutian bermula ... ~~

sambungan .....


selepas bersarapan pagi di cafe hotel, kami dijemput oleh En Zi untuk memulakan acara percutian kami ... sepanjang perjalanan ke semua destinasi kami dibawa menaiki MPV Avanza milik En Zi ... terima kasih En Zi sebab memberi layanan yang amat selesa ....



Hari Pertama - Bahagian I



Pada awalnya ... rancangan kami ialah ke Sarikin ... iaitu satu tempat di sempadan Indonesia ... tempat yang wajib dilawati sekiranya ke Sarawak pada hari Sabtu dan Ahad ...


cuma hari tu kami keluar agak lewat sedikit dari hotel jadi kami tersangkut dalam kesesakan yang amat sangat ... dekat lebih kurang 2 kilometer lagi dah jem teruk ... kami tak dapat nak teruskan perjalanan sebab khuatir kami akan membuang masa di situ ... jadi kami ambil keputusan untuk berpatah semula dan mulakan dengan destinasi yang lain .... Sarikin akan menjadi acara untuk keesokkan harinya ... jadi kami rombak semula jadual percutian kami .....






Mula-mula kami dibawa ke Gua Pari-Pari, Gua Angin dan Tasik Biru ... banyak cerita yang tersirat di sebalik nama gua-gua ini ... tapi kalau nak diceritakan satu persatu, banyak ... letih nak menaip ... hehehehe ...


masuk waktu makan tengahari, kami makan tengahari di Serapi Corner .... sedap makanan di situ ... selesai makan ... kami singgah di masjid untuk bersolat ...



Hari Pertama - Bahagian II




selesai makan dan solat, kami teruskan perjalanan ke Jong's Crocodile Farm ... kat situ ada beratus ekor buaya ... tak tertengok ... seriau pun ada ... sempat tengok show dimana mereka beri buaya-buaya makan ....


jalan-jalan dalam Jong's Crocodile Farm agak meletihkan juga sebab kawasannya agak besar ....


selesai di Jong's kami ke Tugu Pahlawan ... kat sini kakak ambil info berkenaan pahlawan2 Sarawak untuk folionya nanti ....


kemudian kami beredar untuk minum petang ... kemudian pada lewat petang kami ke Pasar Malam Satok .... besar pasar malamnya ... macam-macam adaaaa ...... tapi tak sempat nak ambil foto sebab orang terlalu ramai .... huhuhuhu ...


banyak juga yg kami borong ... anak2 ler .. habih semua dibelinya .....


selesai di Pasar Malam Satok ... kami menjamu selera sekali lagi di restoran berhampiran sebelum pulang ke hotel untuk berehat .....

bersambung .........

No comments: