Photobucket

````````````````````

Thursday, July 14, 2011

~~ Clay Competition @ GRAMEDIA ~~




beberapa minggu yang lalu ... satu pertandingan "Clay Competition" telah berlangsung di toko buku GRAMEDIA, The Mines ....


mula-mula ummi tak tahu pun adanya pertandingan tersebut sehinggalah diberitahu oleh pihak GRAMEDIA ... apa lagi anak-anak beria-ia hendak turut serta ....


oklah, ummi masukkan ketiga-tiga nama ... dengan harapan ini akan menjadi satu aktiviti mereka di rumah kelak .... mengasah kreativiti kan ....


nak dijadikan cerita ... ummi tak sangka la pulak yang mereka ni semua ada bakat terpendam yang tak sempat dicungkil lagi .... maka terserlahlah segala bakat yang ada pada hari pertandingan ....


Pertandingan bermula sekitar jam 2.30 pm ... kami dah mula ada di The Mines selepas Zuhur memandangkan hari tu hari sabtu, jadi berkemungkinan orang ramai di sana untuk beriadah ...



Dan tepat jam 2.30 pm, pertandingan bermula .....




abang dan kakak duduk bersebelahan antara satu sama lain ... manakala adik duduk di barisan hadapan sekali dan merupakan peserta termuda .. hehehehe



masing-masing dengan penuh tekun memerah otak mencari idea ....




dan hasilnya setelah 1 jam berlalu ...


alhamdulillah, kakak telah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut ......


Tahniah Kakak !!!! manakala adik dan abang mendapat saguhati .....




dan mereka bersepakat untuk berkongsi hadiah yang dimenangi kakak .....


pihak penganjur akan mengadakan pertandingan sedemikian sekerap yang mungkin bagi mencungkil bakat anak-anak .... tahniah atas usaha GRAMEDIA .. dan terima kasih kerana peluang yang diberikan kepada anak-anak ummi .....

No comments: