Photobucket

````````````````````

Sunday, February 7, 2010

::.. Perjumpaan Dengan "Ostomate" ..::

Perjumpaan dengan "ostomate" yang diaturkan oleh United Italian Trading (M) Sdn Bhd (UITM) tengahari semalam kat Petaling Jaya. Alhamdullillah, ini pertama kali ummi dijemput untuk bersama-sama dengan semua ostomate yang datang dari pelbagai tempat. Kami dijemput bukan untuk mendengar ceramah atau apapun ... hehehe .. untuk jamuan makan tengahari sempena pelancaran newsletter mereka tak lama lagi dan juga Tahun Baru Cina! Makanan dari Banana Cafe yang sememangnya shhheedaaapp tu .. tapi tak mengizinkan ummi untuk makan banyak sebab ummi tengah sakit perut dan sedang berhadapan dengan situasi "tak ada aktiviti" dah 2 hari. Jadi disarankan supaya makan sedikit saja supaya tak tersumbat ... huhuhuhu ... sedey .. tak pe .. tak pe .. sok dah baik, ummi makan banyak2 ....


Apa yang penting kami dapat berkumpul dan berkenalan ... ramai gak orang seangkatan rupanya ... best jugak biler dapat jumpa macam nie sbb hilang rasa malu, takut, stress, segala bagai perasaan laa ... dan ummi bersyukur kerana kami adalah antara golongan yang bernasib baik sebab mendapat rawatan awal sebelum terlambat ... ummi sampai sana sekitar jam 0100 dengan ayahanda, suami ku tidak dapat hadir bersama kerana tanggungjawab kepada negara ... hahahaha ... sampai sana kami disambut macam VIP uu .. meriah .. meriah ... dengan hidangan makanan ringan dulu ... pastu tunggu Setiausaha Persatuan Stoma Care Malaysia datang, then dia introduce anak dia yang ada stoma tu dari usia 10 hari (tak silap ummi) sampai sekarang umur anak dia dah 14 tahun ... huhhh .. lama tu .... lepas berkenalan lebey kurang, kami pun makaaannnnnn ... habih makan, buat tour kat klinik diaorang yang ada kat dlm tu sambil2 belek semua produk yang diaorang duk display untuk kami rujuk-rujuk kot ada yang nak diorder ...


Sebelum balik, sempat gak semua ostomate nie duk pakat2 nak mengenakan UITM ni, kot next upcoming event atau gathering, kami tak nak diaorang buat kat ofis lagi ... hehehe ... kami suggest untuk buat outdoor activity ke, picnic ngan semua ostomate family ke, trip ke mana-mana yang best untuk hilangkan tension para ostomate ni semua ke ... haaa best sikit ... kan?kan? nanti kami utarakan semua cadangan tu kat depa ... apapun memang best la smlm cuma ummi tak dapat nak letakkan gambar2 dlm nie sbb melibatkan privasi dan sensitiviti individu, kot nanti ada yg tak senang hati gambar djadikan tatapan, maklumlah tak ramai ostomate yg nak publish gambar sendiri ... jadi gambar2 yg ada cuma untuk koleksi peribadi ummi aje ....


Terima kasih ya Chin Chin sebab jemput !!!


No comments: