Photobucket

````````````````````

Thursday, February 11, 2010

::.. Minggu Yang Menyeksakan ..::

Alhamdulillah ... sekali lagi ummi diuji ... minggu ni minggu yang penuh penyeksaan ... hmmm .. kenapa???? bermula dengan episod ummi batuk dari lepas discaj tempohari sampai sekarang, batuk tak sudah-sudah sampai sakit bahagian luka [yang baru jer cecah 3 minggu lebih] .. bila dah mula batuk2, disusuli pulak dengan ulser mulut yang dah mula memenuhi mulut ummi ni ... nak makan, nak minum .. perrrghhh semuanya susah .. yang senangnya dok diam jer tak cakap2, tak makan, tak minum ... Ya Allah, tabahkan lah hati umatmu ini ... mungkin ada hikmahnya kot ... nak suruh ummi diet sikit kot sebab ummi pun terasa yang berat badan ummi naik sikit selepas pembedahan tempohari .. hehehehe ....


bagi anak-anak inilah masa diaorang nak mengenakan ummi, tanya soalan bertubi-tubi sebab nak suruh ummi cakap .. dah mulut penuh ulser, nak cakap pun macam clear tak clear jer .. so diaorang happy ler sbb ummi tak nak cakap, tak payah nak kena bebel, nak kena marah, hmmmm ... itulah dia budak-budak zaman teknologi canggih nie .... apa nak buat .. yang penting diaorang faham ler kalo ummi dah jadi macam tu, maknanya ummi "tak sihat" ..... terima kasih adik, abang n kakak sebab belikan ummi Dequadin Pastilles ... ada makna tuu ... tunggu ummi leh cakap balik lah yaa ...


Sabtu lepas ummi kat emergency, ambik neb pastu balik ... semalam gi lagi emergency, ambik neb lagi, 2 kali pulak tue .. risau gak kalau kena tahan wad tapi alhamdulillah tidak ... ummi amik ubat untuk ulser dan batuk, pastu terus balik rumah ... TIDO ...


harap-harap ubat nie dapat bantu melegakan apa yang patut ... lama dah ummi tak kena pergi amik neb .. tup-tup disebabkan batuk yang tak henti2 tu, nafas pun tersangkut .. hehehe ... jadi mulalah balik rutin yang dah lama ummi tinggalkan tu ...


No comments: