Photobucket

````````````````````

Tuesday, August 4, 2009

Tips Untuk Hapuskan Lipas

Ini artikel dari seorang sahabat dari SIM Group tentang bagaimana nak hapuskan lipas...ummi nak kongsi sama-sama...,jom kita hapuskan lipasss.....

Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak:
  • Memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu. Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat jugak, pastikan tempat terbenyeknya lipas itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dgn air dan sabun.
Membunuh lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
  • Sediakan bottle yang ada kepala spray. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka.
  • Dapatlah jimat duit sikit daripada dok memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect. Gunakan duit tu untuk bersedekah.
Memerangkap lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
  • Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbok kopi atau koko dalam botol. > Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar.
  • Bila dah terperangkap, spay dgn air sabun.
Mengurangkan peluang lipas cari makan dan bertelur:
  • MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN
  • Jangan biarkan sampah sarap di rumah
  • Selalu cuci bilik air
  • Sinki rumah perlu sentiasa bersih, di dalam, di bawah dan sekelilingnya
  • Buang baju buruk, kasut buruk, buku buruk dan kertas buruk. Lipas suka makan kertas
  • Seperti nasihat Nabi, makan perlu alas supaya makanan tidak bertaburan ke atas lantai.
  • Seperti nasihat Nabi, makan biar beradab, iaitu sedang duduk. Kalau biar anak-anak makan nasi atau biskut atau cokelat merata-rata rumah sambil berjalan atau berlari atau berpindah-pindah, memanglah nak jemput lipas, kuman, cacing dan macam-macam lagi.
  • 2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari almari dan bersihkan dgn vacuum. Juga buat yang sama di dalam laci-laci di rumah.
  • Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau sangkut di sana-sini. Terus masukkan dalam bakul standby utk basuh. Lipas seronok bau peluh.
  • Jangan simpan pasu bunga palsu atau bunga betul dalam rumah. Hiasi rumah tanpa kedua-dua ini.
Ummi harap kita sama-sama dapat manfaat dari artikel ini agar dapat membasmi lipas dengan cara yang betul...maklumlah kekadang lipas dah mati ni pun jadi tontonan anak-anak..tiu yang berbahaya...takut di ngappnya jer nnt...huhuhu...

No comments: