Monday, August 31, 2009
Pembedahan Ditunda .. Penantian Suatu Penyeksaan ..
Biskut Cornflakes Kelapa Madu
Friday, August 28, 2009
Happy Birthday Uda Po-g & Uda Aida ...
Selamat Ulangtahun Kelahiran bagi kedua-duanya.. Uda Po-g dan Uda Aida yang sambut besday sama-sama dalam bulan ni... hehehe.. sorri ummi tak sempat laa nak buat apa-apa untuk korang...Semoga Sukses Selalu !! dari ummi dan keluarga.....
Mask untuk Si Kecil Ummi ...
Thursday, August 27, 2009
Dugaan Hebat Buat Ummi
Dugaan demi dugaan ...
Tuesday, August 25, 2009
Aida "Pai Tee", Kuih Siput "Bonda" dan Kurma ...
Friday, August 21, 2009
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak
Friday, August 14, 2009
Puisi : Indahnya Malam Pertama Kita ..
Puisi ini telah dikirim oleh seorang sahabat untuk kita renungi dan tatapi bersama...
Kek Sponge Oren
Thursday, August 13, 2009
Epal Hijau & Jus Oren bantu rawat Selsema Babi?
Epal Hijau
- Immunostimulant: alpha-linolenic acid, ursolic acid, quercetin, caffeic acid, rutin, chlorogenic acid, ferulic acid, protocatechuic acid
- Anti-inflammatory: alpha-linolenic acid, rutin, quercetin, caffeic acid, ferulic acid, hyperoside, isoquercitrin, protocatechuic acid, Lympocytogenic: alpha-linolenic acid
- Antiviral: lutein, silver, chlorogenic acid, ferulic acid, protocatechuic acid, quercetin, quercitrin
- Antioxidant: rutin, quercetin, caffeic acid, chlorogenic acid, ferulic acid, hyperoside, isoquecitrin, protocatechuic acid, sinapic acid, lutein
- Antiflu: caffeic acid, hyperoside, quercetin, quercitrin, rutin
- Antitussive: protocatechuic acid
- Antispasmodic: caffeic acid, ferulic acid, protocatechuic acid, quercitrin, rutin
Jus Oren
- Immunostimulant: alpha-linolenic acid, caffeic acid, ferulic acid, rutin
- Anti-inflammatory; alpha-linolenic acid, alpha-terpineol, caffeic acid, diosmin, ferulic acid, gamma-terpene, hesperidin, limonene, naringenin, rutin
- Antiviral: caffeic acid, ferulic acid, hesperidin, limonene, lutein, scuttelarein
- Antioxidant: alpha-carotene, caffeic acid, diosmin, ferulic acid, hesperidin, lutein, malic acid (synergist), naringenin, naringin, neohesperidin, p-coumaric acid, rutin, scuttelarein, sinapic acid, tangeritin, terpen-4-ol
- Antiflu: caffeic acid, limonene, p-cymene
- Antitussive; terpen-4-ol
- Antispasmodic; caffeic acid, ethyl acetate, ferulic acid, myrcene, neral, p-coumaric acid, rutin
- Expectorant (bantu kahak mudah mengalir): betaine, limonene
Bronchorelaxant: hordenine
Untuk epal dan oren, terdapat fitokimia yang bersifat antibakteria juga. Di dalamnya terdapat juga kandungan ascorbic asid yang mempunyai pelbagai sifat terapeutik.
Jadi, epal dan oren tidak seperti air kosong yang dijampi. Allah jadikan kedua-duanya penuh dengan pelbagai sifat terapeutik.
Bagaimana seorang pelajar yang telah disahkan oleh pihak hospital menghidap selsema telah mengambil 6 biji epal hijau sehari (sebiji pada setiap 1-1 1/2 jam) bersama jus oren segar tanpa gula (berjumlah 3 gelas sehari, pengambilan dijarakkan). Simtom-simtom selsema babi yang beliau hidapi semakin berkurangan secara ketara selepas 2-3 hari mengamalkannya.
Wallahualam...
Ujian Defecating Proctogram
Ketika ummi buat ujian semalam pun, ada kira-kira 6 orang doktor dalam bilik tu. Pada mulanya ummi minta kebenaran untuk tidak ada ramai orang dalam bilik tu kerana ujian tu akan memalukan diri ummi tetapi pakar tersebut berjanji akan menutup suis lampu ketika ujian dijalankan. Alhamdulillah.. terima kasih Dr Agus..
Kini, ummi cuma menanti hari Rabu depan untuk terus berjuang bagi memulihkan keadaan diri ummi ini.. Ummi harap segala penderitaan ummi ini akan berakhir secepat mungkin kerana ummi sendiri sudah tidak berdaya untuk menahan lagi... Ummi perlukan sokongan dari semua pihak kerana pada ketika dan saat ini ummi seperti sudah putus asa.. cuma kepadaNya ummi bermohon agar diberi petunjuk dan kekuatan untuk menghadapi segala dugaan dariNya...
Tuesday, August 11, 2009
Ke wad lagi :(
Macam masa buat "Barium Enema" hari tu, memang lepas habis prosedur tu, ummi menangis sebab sakit, panas dan segala macam perasaan ada. Sakit tu Allah je tahu...dah jadi macam "sandwich" dibuatnya ummi. Pusing kanan, kiri, meniarap dengan keadaan perut yg kembung, sakit, penuh dengan ubatnya...huh...dugaan demi dugaan...
Ummi harap prosedur esok akan berjalan dengan lancar tanpa kesakitan yang perlu ummi tanggung lagi. Dan ummi juga harap semoga penderitaan ini akan berakhir... semoga Allah S.W.T makbulkan doa ummi...
Monday, August 10, 2009
Fahim montok... & cuppies untuk Ayah...
Keep Smiling
Smiling is infectious,
Thursday, August 6, 2009
Pendek tapi Penuh Makna
- Bila Allah S.W.T cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu....
- Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu...
- Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia Merancang Sesuatu Yang Lebih Baik Untuk Dirimu..
Ambillah sedikit masa dan sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin boleh mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik, Insya-Allah....
Happy 40th Birthday My Dearest Husband
Tuesday, August 4, 2009
Tips Untuk Hapuskan Lipas
Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak:
- Memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu. Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat jugak, pastikan tempat terbenyeknya lipas itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dgn air dan sabun.
- Sediakan bottle yang ada kepala spray. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka.
- Dapatlah jimat duit sikit daripada dok memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect. Gunakan duit tu untuk bersedekah.
- Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbok kopi atau koko dalam botol. > Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar.
- Bila dah terperangkap, spay dgn air sabun.
- MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN
- Jangan biarkan sampah sarap di rumah
- Selalu cuci bilik air
- Sinki rumah perlu sentiasa bersih, di dalam, di bawah dan sekelilingnya
- Buang baju buruk, kasut buruk, buku buruk dan kertas buruk. Lipas suka makan kertas
- Seperti nasihat Nabi, makan perlu alas supaya makanan tidak bertaburan ke atas lantai.
- Seperti nasihat Nabi, makan biar beradab, iaitu sedang duduk. Kalau biar anak-anak makan nasi atau biskut atau cokelat merata-rata rumah sambil berjalan atau berlari atau berpindah-pindah, memanglah nak jemput lipas, kuman, cacing dan macam-macam lagi.
- 2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari almari dan bersihkan dgn vacuum. Juga buat yang sama di dalam laci-laci di rumah.
- Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau sangkut di sana-sini. Terus masukkan dalam bakul standby utk basuh. Lipas seronok bau peluh.
- Jangan simpan pasu bunga palsu atau bunga betul dalam rumah. Hiasi rumah tanpa kedua-dua ini.
Lagi Mini Pizza
Monday, August 3, 2009
Muffin Vanila pulak...
jadilah hasil kerjatangan pesakit yang belum pulih tapi dah nak buat macam-macam benda.. jadi macam ni jelah hasilnya..apapun dah habis dimakan..
Pizza Time...
menggunakan TupperChef untuk membakar....
alhamdulillah.... selesai semuanya lepas habis membakar...inipun ummi sempat buat 2 pizza ayam "regular" size....