Photobucket

````````````````````

Monday, July 21, 2008

Adik Masih Demam

Sabtu lepas, kami bawak adik pergi jumpa Pakar Kanak-kanak di Kampong Bahru Medical Ctr untuk pemeriksaan lanjut memandangkan adik masih demam pd mlm sebelumnya. Masa dia bersalaman dengan Dr. Noor Aziah tu, kata Dr. tangannya panas. Kami beritahu doktor demam adik berbalik-balik, kejap ok, kejap demam.. Antibiotik pun dah habis makan, tapi masih mcm tu. Terus Dr. Noor Aziah minta adik kencing untuk buat urine test. Kami cadangkan supaya doktor amik darah sekali. Adik mmg hebat sbb sikit pun adik tak nangis masa tangan kecilnya tu kena cucuk dengan jarum. Alhamdullillah, lepas tu adik pergi buang air kecil untuk ambil sampel air kencing pulak...Doktor suruh kami tunggu sementara nak dapat keputusan...

Lepas lebih kurang 45 minit, nama adik dipanggil lagi.. Alhamdullillah, keputusan air kencing & darah normal.. tapi doktor takut ada kuman yang "tertanam" dalam usus atau pundi kencing adik..memandangkan demam dia tak kebah.. jadi doktor perlu hantar lab test lagi sekali tapi kali ini keputusannya lebih kurang 1 mggu baru dapat. Kiranya keputusan itu positif, maka adik terpaksa kembali ke hospital utk buat ultrasound bagi memastikan kuman tu tak merebak ke kawasan buah pinggang pulak. Ya ALLAH... jauhkanlah penyakit ni dari anak-anakku... Hingga ke saat ini, kami sentiasa doakan agar kesihatan adik dipelihara.

Pulang dari hospital, kami singgah ke rumah rakan sepejabatku, Kak Sham... nak buat baju kurung untuk kakak & adik, baju melayu untuk abg...raya dah tak lama lagi .. Kat rumah kak sham, mula-mula adik ok, tapi bila dah nak balik.. agaknya badan tak sedap.. dia mula bad mood...dalam kereta minta dibawa ke rumah nenek di Wangsa Maju. Tapi kami memujuknya untuk pergi keesokkan harinya memandangkan hari dah malam.

Ahad tu, pergi ke rumah nenek seperti yang dipinta adik, abg & kakak.. atuk layan cucu-cucunya mandi kat luar... pas tu makan sup daging, nenek buat lempeng kelapa sama sambal tumis ikan bilis.. habis riuh rendah sbb semua pakcik-pakciknya ada melayan adik, abg & kakak....

Pagi ini, Isnin... masa kami nak hantar adik ke nurseri, kami pesan dengan cikgu minta tolong telefon kami segera kiranya badan adik masih panas. Doktor tengah monitor perkembangan adik.. kalau masih demam lagi, adik kena masuk wad... Kami siap pesan dgn si abg, tolong tengok-tengokkan adik... mintak-mintak lah boleh harap si abg ni...

Harap adik cepat sembuh...

No comments: