Photobucket

````````````````````

Saturday, January 30, 2010

::. PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING ..:

Semua orang pasti risau kalau berat badan berlebihan, tak langsing, buncit dan sebagainya, lebih-lebih lagi kaum perempuan .. cuba beberapa kaedah dibawah ni untuk menurunkannya ..... apa yang pasti kita mencuba, ummi tak tahulah samada keadah ini berkesan untuk kawan2 atau tak .. tapi insya-Allah jika ada kemahuan, disitu ada jalan kan .. oklah ini ummi sertakan tips-tips nya yang boleh kita kongsi sama-sama ... mudah-mudahan menjadi ....

Untuk Menurunkan Berat Badan

  • Minum air limau nipis boleh membantu menurunkan berat badan anda.
    Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan akan beransur turun.

  • Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

  • Air asam jawa baik dijadikan minuman harian juga akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
    Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

  • Amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina yang ditambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu setiap kali selepas makan.

Badan Kembali Langsing Selepas Bersalin (yang nie ummi pernah amalkan masa berpantang dulu, alhamdulillah menjadi ..)

  • Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua ni.
    Caranya : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
    Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis.
    Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

Untuk Mengurangkan Buncit atau Mengempiskan Perut

  • Bagi yang mengalami masalah perut buncit, boleh mencuba petua ini. Caranya : Ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi. Sesuai juga untuk ibu-ibu lepas bersalin.

ataupun

  • Petua yang mudah dan kos yang murah.
    Caranya : Ambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.

dan yang penting, ada juga senaman sikit-sikit .. kalau macam ummi yang selalu tak sempat nak bersenam tu , senaman buat kerja rumah ler jawabnya ... sedikit sebanyak membantu juga ... hehehehe ...


No comments: