Ketika ummi buat ujian semalam pun, ada kira-kira 6 orang doktor dalam bilik tu. Pada mulanya ummi minta kebenaran untuk tidak ada ramai orang dalam bilik tu kerana ujian tu akan memalukan diri ummi tetapi pakar tersebut berjanji akan menutup suis lampu ketika ujian dijalankan. Alhamdulillah.. terima kasih Dr Agus..
Kini, ummi cuma menanti hari Rabu depan untuk terus berjuang bagi memulihkan keadaan diri ummi ini.. Ummi harap segala penderitaan ummi ini akan berakhir secepat mungkin kerana ummi sendiri sudah tidak berdaya untuk menahan lagi... Ummi perlukan sokongan dari semua pihak kerana pada ketika dan saat ini ummi seperti sudah putus asa.. cuma kepadaNya ummi bermohon agar diberi petunjuk dan kekuatan untuk menghadapi segala dugaan dariNya...
1 comment:
moga semua baik baik sahaja ... moga dipermudahkan segala urusan
Post a Comment