Photobucket

````````````````````

Thursday, August 27, 2009

Dugaan Hebat Buat Ummi

Mungkin ini antara n3 ummi buat setakat ini kerana selepas hari Ahad ini, ummi terpaksa berehat sementara bagi memulihkan diri....

Tghari tadi ummi ke hospital bertemu pakar perunding ummi @ pakar bedah untuk mendapatkan kepastian tentang sakit ummi ni... setelah mendapat penjelasan yang jelas dan setelah rundingan dibuat, akhirnya ummi terpaksa akur dengan dugaan yang hebat ini dan bersetuju untuk menjalani satu lagi pembedahan "colectomy" dimana ada bahagian usus di kawasan sigmiod akan dipotong (dalam erti kata yang senang lah ummi nak cakap) .. dan ummi terpaksa menggunakan "stoma bag" untuk sementara waktu bagi membuang air besar sementara kawasan yang telah dipotong tadi pulih sepenuhnya... menurut kata doktor, berkemungkinan besar kawasan tersebut yang menyebabkan ummi kesakitan sekarang .. menurut kata doktor lagi, sigmoid colon ummi terlalu panjang dan ini menyebabkan halangan .. apa yang ummi khuatirkan, pembedahan ini memerlukan luka yang agak besar memandangkan sebelum ini pembedahan ummi dilakukan secara laparoscopy.

Ummi akan dimasukkan ke wad pada hari isnin, semasa kita semua menyambut kemerdekaan yang ke 52 dan berharap pembedahan yang bakal berlangsung pada hari Selasa depan ini berjalan lancar. Semoga tiada lagi kesakitan yang perlu ummi tanggung selepas ini melainkan kesakitan untuk memulihkan luka di perut saja...

Apa yang ummi harapkan, biarlah dugaan yang hebat ini berakhir .. ummi pasrah .. namun ummi bersyukur kerana ummi antara insan yang diujiNya...

Semoga dengan kemerdekaan ini juga akan memerdekakan (maaf kalau tersalah kata) ummi dari segala penderitaan yang ummi tanggung selama 1 tahun ini...amin...


No comments: