Photobucket

````````````````````

Tuesday, August 11, 2009

Ke wad lagi :(

Hari ni pergi lagi ke Wad Songket, UKMSC .. macam biasa ambil injection pethidine untuk pain relief.. cuma leh ambik kat hospital jer..insya-Allah esok ummi akan menjalani satu lagi prosedur " defecating proctogram" pukul 8.30 am.. kali ni ummi minta dengan pakar radiologi dan Prof Razman untuk membenarkan ayah masuk menemani ummi semasa sedang menjalani prosedur tu nanti.


Macam masa buat "Barium Enema" hari tu, memang lepas habis prosedur tu, ummi menangis sebab sakit, panas dan segala macam perasaan ada. Sakit tu Allah je tahu...dah jadi macam "sandwich" dibuatnya ummi. Pusing kanan, kiri, meniarap dengan keadaan perut yg kembung, sakit, penuh dengan ubatnya...huh...dugaan demi dugaan...


Ummi harap prosedur esok akan berjalan dengan lancar tanpa kesakitan yang perlu ummi tanggung lagi. Dan ummi juga harap semoga penderitaan ini akan berakhir... semoga Allah S.W.T makbulkan doa ummi...


No comments: