Photobucket

````````````````````

Monday, November 30, 2009

Happy Birthday Little Princess, Nurin Adleena ..


Lilypie - Personal pictureLilypie

Happy Birthday Adik !!



Insya-Allah, kalau berkesempatan, nanti ummi buatkan sesuatu untuk adik ya...


Ini masa diaorang lepas geram sebab dah lama tak dapat berjalan-jalan ke Alpha Angle.. tempat diaorang selalu lepas tension main game .. hehehe ., maklumlah lepas bulan puasa haritu, pastu raya lak ummi selalu tak sihat dan kena ke hospital hari-hari.. pastu pulak operation awal bulan November aritu .. hari ini ummi rasa agak sihat sikit walaupun baru 3 minggu, ummi cuba jalan pelan-pelan demi anak-anak sebab dah agak lama diorang ni tak bersantai ...
kesian kat anak-anak ummi ...



Sunday, November 29, 2009

:. Kasih Khalisah & Alif Ikhwan .:

Wajah-wajah Kasih Khalisah yang sempat ummi ambil semasa kami sekeluarga ke rumah Uda Po-g pada hari Khamis malam .. sebab Kasih nak berangkat pulang ke Johor Bahru keesokkan harinya .. jadi ummi sekeluarga dan mak ambil peluang ni untuk menatap wajah comelnya tu ..

Alif Ikhwan pula ummi ambil gambarnya masa Hari Raya Aidiladha baru-baru ni .. dan semalam Alif dah pulang ke kampung opahnya di Perak ...

ummi pulak cuba buat movie menggunakan wajah kedua-dua anak buah "baru" ni... hehehe.. inilah dia movienya .. sebenarnya dah gatal tangan nak buat tu..ini...

Buat Kasih Khalisah & Alif Ikhwan , ummi doakan semoga menjadi anak yang soleh dan bijak ..

dan tahniah juga buat adinda ummi, Ahmad Fauzi kerana kini telah bergelar "Ayah" .. selamat berjaga malam ya ..

Wednesday, November 25, 2009

:. Ahli Baru Fauzi & Aida .:

Tak sabar ummi nak masukkan entri ni ..
banyak benda berlaku dalam seminggu ni .. walaupun keadaan kesihatan ummi hari ini tak berapa mengizinkan dengan selsema dan demam, tapi ummi tak sabar nak update berita-berita terkini ...
Jeng..jeng..
Gambar eksklusif pertama yang dirakam malam semalam @ 24hb Nov 2009 .. Tahniah kepada Uda Po-g dan Aida atas kehadiran orang baru dalam keluarga ..
dan ini juga bermakna bertambah besarlah keluarga generasi Atuk Zainal & Nenek Fatimah..
dan berita terkini yang ummi dapat masa nak masukkan entri ni.. "Along" Yid pula selamat menimang cahayamata lelaki (yang ke-3) pagi ni di Hospital Putrajaya ..
Tahniah juga buat mereka sekeluarga ..

insya-Allah kalau berkesempatan, ummi nak bertemu dengan si comel ini sebelum ibu dan baby dibawa pulang ke Johor selepas Raya Haji ni... dan kalau dapat ambil gambar-gambarnya lagi..

nanti tahun depan bolehlah bergabung sama-sama menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan November serentak...22hb (mak), 23hb (ayah Md Noor), 24hb (baby Po-g), 25hb (baby Along Yid) dan 30hb (dah tentu anakanda ummi, Adleena & Farhannah) ...
lepas ni ummi tunggu pula koleksi di sebelah suami pula.. harap Uda Min dan Busu Faezah...


Tuesday, November 24, 2009

:. Cupcakes untuk Ummi .:


Semalam Uda Min, Uda Fadhil dan Nuha datang menziarah ummi dan bawa cupcakes special yang dibuat khas oleh Uda Min untuk ummi .. hehehe.. terima kasih banyak-banyak ..
tapi Nuha tak berapa sihat semalam, ada tonsil dan demam.. jadinya terpaksalah pulang ke Shah Alam awal sebab nak ke hospital .. apapun mekasih ya Nuha sudi datang lawat Mak Tam ni .. ummi doakan semoga Nuha cepat sembuh dan untuk ummi Nuha pula, semoga berjaya dalam bidang yang baru diceburi ni .. tak sabar pulak nak ikut kelasnya nanti ...


Monday, November 23, 2009

:. Bunga Harijadi Mak .:

Bunga pemberian cucuanda mak .. hehehe..dari anakanda-anakanda ummi kepada nenek tersayang sempena harilahir mak semalam..dah "ditransform" oleh Achik Fadzil .. dihias atas meja makan kat rumah mak ..
inilah dia hasilnya ..


semalam mak dan ayah datang lepak2 kat rumah ummi ..kebetulan hari jadi mak..tak sangka pulak "Along"Yid, isteri dan anak2nya datang ke rumah ummi untuk berjumpa mak dan membuat kejutan untuk mak.. ada kek!!
Along Yid, terima kasih kerana sudi berkunjung ke rumah dan melawat ummi .. Po-g dan Aida tak dapat datang sbb Aida dah mula sakit-sakit semalam.. Insya-Allah tak lama lagi Po-g akan bergelar seorang "AYAH"...

Saturday, November 21, 2009

:. Salam Aidiladha .:


Jika Kita Suka Berkata Jujur ...



semoga menjadi manfaat kita semua .. Amin ..

:.. Ulangtahun Kelahiran Mak Tersayang ..:


Selamat Harijadi Mak !!




Semoga Allah S.W.T memberikan kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk mak .. tahun ni mencipta sejarah sebab sepanjang tahun kami tak buat sambutan harijadi atau majlis doa selamat sebab kesihatan ummi yang tak mengizinkan .. esok harijadi mak pun ummi masih "dalam proses pantang" baru 16 hari .. hehehe.. nampak gaya buat apa yang patut aje lah..



Po-g dan Aida pun dalam keadaan berjaga-jaga gak tu sebab bila-bila masa jer baby dia akan lahir ke dunia .. ummi doakan semoga kedua-dua selamat ...


:.. Menu Harian dan Aksesori Ummi ..:



inilah menu harian ummi semasa dalam proses pemulihan nie ... nasi beras ponni, ikan haruan masak singgang letak halia dan kunyit, Zaniton dari Healin, Air Gamat, Jel Gamat.. ini semua untuk cepatkan proses luka dalaman dan luaran, kena pulak minum susu Anlene untuk tulang ummi dek kerana terbaring 3 hari atas katil tanpa sebarang aktiviti, jadi semua badan dan tulang temulang rasa sungguh sakit dan sengal .. aduss ... dan juga Vitamin C 1000mg untuk proses penyembuhan badan ... hehehe .. dah sakit ni semua kena ambil .. nak cepat baik ..


yang ni pulak adalah aksesori yang ummi kena guna untuk tempoh 3 bulan ni .. 2 piece bag yang boleh dicuci dan pakai semula, base, paste (ni macam tanah liat ler..) dan powder .. hehehe ..



:. Terima Kasih Semua .:


Setelah 8 hari berada di wad, ummi dibenarkan pulang .. terima kasih tak terhingga kepada semua staff nurse .. Yam, Iza, Shila, Ada, Vany, Amal, Sara, Ashidar, Shidut, Miza, Iffah, Ija dan sorang lagi Sumi (kalau tak silap namanya) .. terima kasih sbb selalu bagi semangat, hantar sms dan macam -macam lagi...

dan juga pada Syikin, Diana (kalau tak silap lah ya..), Husna ... kot kalau ada yang tertinggal ummi mohon maaf ...

Sebelum pulang, sempat lagi budak 2 orang ni nak posing habis-habisan .. tak pelah.. Shila pun nanti dah tak de.. nak pergi tempat lain.. jadilah kenang-kenangan ummi ..


Ummi rasa cepat sembuh sebab mereka banyak membantu ummi semasa dalam wad .. bukan senang nak manage benda baru ni.. pertolongan dari mereka inilah sedikit sebanyak merubah persepsi ummi tentang 'stoma' sebelum ni...

Terima Kasih Semua ..

Wednesday, November 18, 2009

Proses pemulihan bermula ...


Alhamdulillah .. semuanya berjalan dengan lancar .. kini ummi dalam proses pemulihan .. dan mulai hari ini juga segalanya berubah .. kalau diizinkanNya, mungkin ummi cuma perlu pakai colostomy bag ini untuk sementara waktu sebelum pakar bedah buat keputusan untuk reverse semula .. apapun bergantung kepada keadaan dan itupun belum lagi diputuskan oleh pakar bedah ummi .. yang penting sekarang ni ummi bersyukur sangat kerana dapat menjalani kehidupan seperti biasa tanpa rasa sakit lagi walaupun terpaksa membawa beg tu ..



ini salah sorang staff nurse yang dah jadi macam adik beradik .. kat sini ummi dah jadi macam keluarga dengan mereka ini semua.. memang best diaorang ni... tak rasa kita macam dok sorang-sorang dalam bilik tu.. kalau diaorang datang sure ada jer benda nak digelak, nak dibahan, nak dibuat cerita... seronok !


Tuesday, November 17, 2009

Pembedahan Berjaya

Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi kesempatan buat ummi untuk meneruskan kehidupan bersama-sama insan-insan yang ummi sayang ..


Detik-detik sebelum ummi dibawa ke bilik bedah ni sempat dirakam oleh Ad, salah sorang adik ummi yang ada hari tu selain Po-g, ayah dan suami tersayang...

Oleh kerana ummi merupakan kes ketiga pada hari tu, dan kebetulan pulak masuk waktu solat Jumaat, maka ummi memberi laluan kepada pakar bedah ummi untuk menunaikan solat Jumaat dahulu.. dalam hati ummi lagi lambat lagi kurang debar ummi .. memang semalaman ummi tak dapat nak lelapkan mata ... takut, risau, sedih semua ada ...

Tepat jam 0145pm, staff nurse Mariam datang membawa "gown" putih dan cap hijau untuk ummi .. jeng..jeng.. bila diketuk pintu bilik maka tahulah ummi yang nama ummi telah pun dipanggil untuk ke dewan bedah... Ya Allah, berikanlah hambaMu ini kekuatan ...

ummi dibawa ke dewan bedah pukul 0200pm .. Prof Joanna bertanggungjawab sebagai pakar bius pada hari tersebut dan beliau telah memulakan proses memasukkan epidural di belakang ummi .. sakitnya Allah S.W.T yang tahu...

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan ummi cuma sedar sepenuhnya jam 0330 pagi ... itupun sebab ubat epidural telah habis dan perlu disambung lagi ..

scene bawah sekali tu.. si Po-g dan Ad sempat lagi makan sebelum tu... huhuhu..apapun..terima kasih banyak2 kepada adinda-adinda sekalian kerana sudi mengambil cuti untuk memberi semangat pada kekandamu ini ...



Terima Kasih tak terhingga kepada pakar bedah ummi yang sangat profesional dan sudi melayan kerenah pesakit sorang ni .. Prof.Madya Dr. Razman Jarmin .. i owe u my cakes Dr !


Tuesday, November 3, 2009

Tinggal 2 Hari Lagi ...

Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu

Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu

Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu

Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu

Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja

Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna

Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku

Hanya satu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu


entah kenapa semenjak dua ini lagu ini begitu menyentuh hati ummi .. mungkin ummi terlalu emosi atau terlalu memikirkan tentang apa yang bakal ummi lalui nanti .. ummi harap ummi dapat kekuatan untuk itu selepas ini ..

Apapun.. lagu ini ummi tujukan khas untuk semua orang yang ummi sayang ...

Tinggal lagi 2 hari sebelum menjelang hari pembedahan .. semalam ummi terlalu tertekan sehingga demam .. nasib baik di rumah ada panadol.. makan dan terus tidur untuk kurangkan demam .. panggilan dari pakar bedah dah ummi terima .. ummi dikehendaki masuk ke wad pada hari Khamis pagi untuk pemerhatian dan pemeriksaan terakhir sebelum pembedahan pada hari Jumaat nanti.. dan bila sebut ummi mula demam, itulah perkara yang paling dirisaukan oleh pakar bedah ummi kerana telah beberapa kali pembedahan ditunda akibat demam ..

Harapnya ummi pulih sebelum hari Khamis ni.. jadi boleh teruskan dengan pembedahan dan tak perlu tunda-tunda tarikh lagi .. ayah pun dah banyak bagi semangat kat ummi dan dialah yang bakal menjaga ummi sepanjang tempoh pemulihan nanti.. terima kasih ayah .. kalaulah ada anugerah yang dicipta untuk kategori "Suami Mithali" hehehe.. tentu ramai yang calonkan ayah untuk award tu..

Tinggal 2 hari lagi ..


Sunday, November 1, 2009

Menanti Hari Untuk Dibedah ..

Lama ummi menyepi .. dengan keadaan kesihatan yang tidak berapa mengizinkan untuk ummi berbuat apa jua aktiviti.. rasa teruk betul.. tapi ummi pasrah dengan ketentuan dari Allah S.W.T. atas ujian yang diberikan pada ummi ini.. ummi perlu kuatkan semangat dan terus tabah menghadapi hari-hari mendatang..

Kini, ummi cuma menanti hari untuk dibedah untuk kali ke-5.. harapan ummi ini adalah pembedahan yang terakhir dan terbaik untuk diri ummi .. ummi berharap sangat keadaan ummi akan pulih seperti sediakala dan boleh buat semula aktiviti yang dah banyak sangat terbengkalai saat ummi jatuh sakit setahun yang lalu ... semoga Allah S.W.T makbulkan doa ummi ..

Seperti yang dijadualkan, ummi akan menjalani pembedahan pada hari Jumaat, 6/11/09 .. harapan ummi semoga pembedahan ini berjaya dan berjalan lancar serta dipermudahkan semua urusan olehNya ... Amin ..
Kesempatan ini ummi nak ucapakan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak terutama pihak syarikat dan seluruh ahli keluarga .. juga rakan-rakan dan bloggers atas bantuan dan sokongan yang tak putus-putus buat ummi ..

Doakan ummi ya...