Photobucket

````````````````````

Thursday, August 27, 2009

Dugaan demi dugaan ...

Ramadan ini menandakan telah setahun ummi jatuh sakit....agak sayu juga apabila melihat tubuh yang dulunya agak berisi kini semakin susut. Dugaan bermula selepas ummi didiagnosa mengidap "adhesion colic" pada October 2008, dan bermulalah pembedahan pertama pada 7 November 2008, diikuti dengan pembedahan kedua pada 26 Februari 2009, ketiga pada 5 Mei 2009 dan keempat pada 23 Jun 2009. Sesungguhnya hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu betapa sedihnya hati ummi ini dikala menghadapi semua dugaan ini...ummi hanya mampu berserah pada takdir dan berdoa agar kesihatan ini kembali pulih seperti sedia kala...

Kini, ummi diuji sekali lagi dengan satu lagi dugaan dariNya...

Beberapa siri prosedur telah ummi lalui... daripada prosedur colonoscopy, CT Scan, 'Manometri', 'Barium Enema' dan terakhirnya ujian 'Defecating Proctogram' ,semua itu telah ummi lalui dalam masa 2 bulan ini dan kini ummi hanya menantikan keputusan dari pakar yang merawat ummi untuk tindakan selanjutnya ... ummi hanya bergantung kepada ubat-ubatan dan injection 'Pethidine' untuk meredakan kesakitan yang ditanggung..

Ummi hanya mampu untuk terus berdoa agar diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan ini dengan tabah dan sabar bagi meneruskan kehidupan seharian ummi...Terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu dan terus memberi sokongan kepada ummi untuk berjuang demi diri dan keluarga tercinta...

Terima kasih tidak terhingga kepada suami tercinta yang telah banyak berkorban demi membawa ummi ke hospital tidak kira siang, tengahari, malam atau subuh semata-mata untuk meredakan kesakitan ummi. Anak-anak ummi yang sering mendokan agar ummi nya ini pulih kembali, ibu ayah, mertua dan seluruh ahli keluarga yang lain yang tak putus-putus beri semangat buat diri ummi.


No comments: