Wanita & Kecantikan !
... memang kalau diikut hati semua nak cantik .. ummi pun kalau ada wang saku lebih, sure tiap-tiap bulan gi jenguk Baqyah untuk buat facial .. tapi kekadang ongkos tergelincir, jadi kena cari alternatif lain .. hehe .. makanya ummi nak berkongsi info petua kecantikan nie yang ummi dapat dari seorang teman .. harap dapat membantu kaum wanita .. ada yang ummi dah cuba dan hasilnya mengagumkan .. jadi apalagi untuk rakan bloggers ummi, jom kita cuba .......
Menghilangkan Parut Jerawat
Ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada parut jerawat tersebut.Insyaallah petua ini dapat menghilangkan parut jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.
Bibir Merah Semulajadi
Sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. Amalkan setiap hari. Insya-Allah ...
Bagi yang ingin melebatkan Bulu Kening
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambil daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam. Insya-Allah.
Kulit muka Licin Berseri
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu, Insya-Allah, akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.
Mengelak Daripada Lebam di Bawah Mata
Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka... pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.
Menghilangkan Lebam Bawah Mata
Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk..cuba lah..ianya juga baik untuk menyegarkan mata.
Melicinkan Wajah (yang nie mmg ummi suka ...)
Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus.
Memerahkan Bibir Yang Hitam
Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan Insya-Allah apa yg anda hajati akan menjadi.
Memutihkan Kulit Muka
Ambil sebatang timun diparut isi dalamnya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam. Insya-Allah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.
harap-harap ada petua yang dapat membantu yaa ...
No comments:
Post a Comment