Photobucket

````````````````````

Friday, December 4, 2009

Pembedahan Batin vs Pembedahan Moden ??


Ummi pohon jutaan kemaafan sekiranya entri kali ini ada menyentuh privasi atau persepsi individu, cuma ianya sekadar renungan atau jua boleh dijadikan panduan dan informasi dalam kehidupan sebagai seorang insan yang masih memerlukan bimbingan ke jalan yang diredhai Allah S.W.T.

Sepanjang ummi jatuh sakit akibat pelbagai komplikasi penyakit yang diduga Allah S.W.T sepanjang tahun ini, ummi sering didatangi dengan pelbagai pihak yang ingin membantu ummi dalam menangani masalah yang dihadapi .. dan ini tidak terkecuali dengan perubatan alternatif mahupun perubatan batin.

Sebelum ini ummi banyak dengar dan membaca tentang artikel ini tetapi tidak mengambil berat tentang perkara ini sehingga isu ni ada dikatakan ketika ummi berjumpa dengan pakar bedah ummi tempohari walaupun ummi tahu dia hanya sekadar berseloroh atau mungkin sengaja nak mengusik ummi, kerana sebelum ini ummi pernah bertanyakan pendapatnya tentang keadah perubatan tradisional. Padanya, menjadi hak pesakit untuk menentukannya dan sekiranya kaedah tersebut tidak dapat membantu dalam menyelesaikan masalah, maka ummi harus akur dengan pilihan yang ummi sedia ada iaitu perubatan moden. Ummi mengakuinya kerana telah mencuba pilihan alternatif/tradisional tersebut dan ummi melakukan kajian sekali bersama-sama suami dan ibu untuk memastikan keberkesanan ubat-ubatan tersebut. Hasilnya, suami dan ibu mempunyai simptom seperti yang dikatakan oleh pengamal perubatan tersebut manakala ummi pula berhempas pulas menanggung kesakitan yang teramat sangat ... dan kesudahannya terlantar di katil hospital ...

Semalam ada rakan datang menziarah ummi dan bertanyakan kenapa ummi terlalu cepat membuat keputusan untuk dibedah sedangkan ummi masih ada pilihan untuk berubat secara batin atau tradisional. Dia datang dengan harapan hendak membawa ummi berjumpa pengamal perubatan yang menggunakan kaedah batin. Jawapan ummi, ummi pasrah dan akur kerana ummi rasa itu adalah pilihan yang terbaik buat diri ummi daripada membiarkan diri terus diburu kesakitan dan memerlukan ubat penahan sakit setiap hari, setiap masa .. dan pada ummi, ajal dan maut ditangan Allah S.W.T.. sekurang-kurangnya ummi pernah mencuba rawatan tradisional dan hasilnya mengecewakan .. kalau diikutkan hati, memang ummi dah hampir putus asa, tapi ummi pasrah, tawakkal dan terima dengan sepenuh hati ujian dari Allah S.W.T ini .... apa yang ummi mampu lakukan ketika itu cuma banyakkan berzikir, muhasabah diri dan solat supaya diberi ketenangan dan ketabahan dalam diri..


Ummi ada terbaca satu entri dalam satu blog berkenaan bagaimana seorang pesakit melalui 2 pembedahan batin untuk membuang sel kanser di tulang belakang dadanya dan darah beku di kepalanya. Apa yang ditulis, peralatan yang digunakan sama seperti pembedahan moden di hospital. Sejauh mana keberkesanan dan berjayanya pembedahan itu, ummi kurang pasti kerana ianya tidak berlaku di depan mata ummi.

Dalam satu forum yang pernah ummi layari pula, ada yang mengakui kewujudan pembedahan batin ini dan memperlihatkan gambar-gambar hasil dari proses pembedahan batin tersebut.

Sejauh mana kaedah pembedahan batin ini berdiri seiring dengan pembedahan moden, wallahualam ..

Dan ini adalah sebahagian dari artikel yang ummi petik dalam majalah Dewan Masyarakat edisi Julai 2009, topik utama yg dibincangkan ialah 'Pembedahan Batin dan Kuasa Minda'.... yang mana individu yang diinterview itu adalah Prof ummi .... hehehe ..
....................................................

Menyedari isu pembedahan batin yang semakin mendapat perhatian masyarakat, sidang editor Dewan Masyarakat mendapatkan pandangan Ketua Jabatan Surgeri, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Profesor Madya Dr. Razman Jarmin. Menurut beliau terdapat dua kaedah perubatan yang diamalkan oleh kebanyakan pesakit - perubatan moden dan perubatan tradisional. Perubatan moden mempunyai prosedur ataupun ujian tertentu untuk mengesan penyakit, manakala rawatan batin berlandaskan kepercayaan semata-mata.Terdapat pesakit yang percaya penyakit mereka semakin pulih setelah mendapatkan rawatan batin. Persoalannya, adakah sesuatu penyakit itu sembuh disebabkan rawatan tersebut? Dr. Razman juga tidak menolak kemungkinan penyembuhan penyakit berlaku secara kebetulan. Hal ini demikian kerana, beliau mendapati masih belum ada bukti empirikal yang dapat menyatakan keberkesanan pembedahan batin."Kami (pakar bedah) tidak menghalang pesakit mendapatkan rawatan alternatif kerana menjadi hak pesakit menentukan rawatan yang mereka mahukan. Namun terdapat banyak pesakit yang semakin teruk setelah membuat pembedahan batin." Jelas Dr. Razman. Menurut Dr Razman, faktor yang menyebabkan pembedahan batin begitu popular dalam kalangan pesakit adalah kerana perubatan tersebut lebih mudah dipercayai dan mudah tersebar dari mulut ke mulut.

Saya cabar mereka kemukakan bukti. Jika benar mereka pakar dalam melakukan pembedahan tanpa meniggalkan kesan parut, saya berpendapat pengamal ini layak mendapat Anugerah Nobel," ujar Dr Razman yang mendakwa bahawa pakar perubatan moden juga sedang beusaha melakukan pembedahan tanpa kesan parut.

.....................................................

Berbalik kepada cerita bila pakar bedah ummi berseloroh tentang 'jika ada tok bomoh' yang dikatakan mampu merawat pesakit dengan kaedah batin, ummi tertarik untuk menulis entri ini dan berharap ada rakan-rakan blogger yang sudi memberikan komen dan pandangan.

Entri ini sekadar untuk mencari lebih informasi dan pandangan sekiranya pembedahan batin ini adalah satu kaedah yang diiktiraf dapat membantu pesakit tanpa melibatkan kos yang tinggi dan kesakitan seperti yang ditanggung oleh pesakit yang melalui kaedah pembedahan moden.

Cuma, apa yang ummi boleh katakan, ummi telah melalui hampir 5 pembedahan yang mana pembedahan yang baru berlangsung November lalu merupakan pembedahan major, alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi, ummi mampu melalui proses pemulihan dengan pantas dan baik sekali tanpa sebarang kompilasi atau masalah .... dan ini diakui oleh Stoma Care Nurse ummi dan juga pakar bedah ummi tatkala melihat wajah dan keadaan fizikal ummi walaupun baru 4 minggu dibedah ..


p/s : ummi suka quote yang kat atas ni .. mungkin ada kebenarannya .. ummi suka ketawa dan mungkin itu yang membuatkan ummi cepat sembuh .. !! hehehe ...

No comments: