Photobucket

````````````````````

Tuesday, March 30, 2010

::.. FLY ME TO THE MOON ...::

Salam,

bersarang sikit blog ummi .. hehehe .. banyak benda yang ummi lalui dua tiga menjak nie .. kesihatan pun agak merosot sedikit tapi alhamdulillah tidak begitu serius ... macam "suam-suam kuku" gamaknya ... hehehehe ...

Lama terperap tanpa sebarang aktiviti walaupun cuti sekolah aritu hati ini begitu meronta-ronta nak berjalan ... tapi apakan daya ... tiada kekuatan untuk itu sementelah carta kesihatan agak merosot & "produktiviti tidak memberangsangkan", maka semua impian itu terpaksa ummi lupakan ... cuma pada tanggal 20hb jer aritu kami ada pulang ke Melaka bagi meraikan majlis pertunangan "Along" Azira .... Selamat Bertunang Along.... dan sebagai menebus kekesalan kerana musim cuti sekolah aritu tak holiday, maka seharian pada tanggal 28hb aritu, anakanda-anakanda tercinta telah menetapkan jadual jalan mereka iaitu untuk ke Muzium Negara & ke Planetarium Negara .... kuang..kuang..kuang ...

nasib kami baik semasa di Planetarium aritu, kebetulan ada Teater Angkasa bertajuk "Fly Me To The Moon" ... jadi ummi terus beli tiket untuk tonton teater tu ... first time masuk ... agak teruja semua anakanda ummi ... masa tayangan semua terpegun sebab dokumentari tu seolah-olah pengembaraan kita sendiri .. memang best ....

aktiviti lepas habis tayangan ......

masing-masing nak mencuba .... nak jadi angkasawan gamaknya ... huhuhuhu ....

dan ini pula tinjauan dari Galeri Pemandangan di tingkat atas ......


dan lepas tu pulak ke Muzium Negara ..... masa nie cuma ada pameran Seramik ... silap timing laaa .. nanti start 1st April - 30 Jun 2010 kalau tak silap ummi , bermula pameran keranda di sini ... insya-Allah kami akan masukkan salah satu tarikh tu untuk melihat pameran tu nanti ... hehehehe ...

melepaskan penat sambil minum sebab cuaca agak panas terik sedikit hari tu .... nasib baik ada pepohon yang sudi meneduhkan kami ...

semoga anakanda-anakanda ummi gembira walaupun cuma dalam kawasan yang sewaktu dengannya .. insya-Allah kalau ummi dah sihat sepenuhnya nanti, ummi akan bawa pergi bercuti seperti dulu .. insya-Allah ...



No comments: