Alhamdulillah, kita sudahpun berpuasa hampir 19hari, tak lama lagi Aidil fitri bakal menjelma. Semua persiapan sudahpun hampir siap bagi kakak, abang dan juga adik.. tak lupa ayah dan ummi. Tahun ni kami beraya di sini saja memandangkan ayah bertugas pada pagi raya nanti. Insya-Allah, kalau dizinkanNya, kami berharap dapat beraya di kampung halaman ayah di Melaka dan kemudian ke Muar, Johor tempat kelahiran ummi. Tak sabar nak jumpa atuk tersayang yang kini semakin uzur. Kami sentiasa panjatkan doa supaya kesihatan atuk dipelihara. Semakin hampir lebaran, semakin terasa jiwa ini untuk sama-sama meraikan hari lebaran bersama-sama keluarga tersayang. Inilah masa yang paling ditunggu-tunggu kakak, abang dan adik kerana dapat berkumpul bersama-sama sanak saudara yang sekian lama tak bersua.
Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga untuk kenalan, sanak saudara dan sahabat handai. Semoga Lebaran kali ini memberikan seribu makna dan kenangan untuk kita semua.
Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga untuk kenalan, sanak saudara dan sahabat handai. Semoga Lebaran kali ini memberikan seribu makna dan kenangan untuk kita semua.
No comments:
Post a Comment