... kita diuji atas kehendakNYA ....
... atas kemampuan yang mampu kita tanggung ....
... ada rahsia Allah yang disembunyikan di situ ...
... cuma kita yang tak mampu untuk singkap rahsianya itu ...
~ nukilan khas dari Kak Ida ~
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan Maha Penyayang ....
tidak mampu lagi diri ini untuk menanggung segala ujian dariMu ... sesungguhnya berat dugaan yang diberikan padaku ini .... dua minggu kebelakangan ini sudah mula menunjukkan simptom-simptom kesihatan yang merosot dengan kehadiran kesakitan yang tidak tentu masa dan membuatkan ummi terpaksa mengambil suntikan penahan sakit sekali lagi di wad ...
Hampir selang 5 hari, ummi terpaksa hadir di wad untuk ubat penahan sakit ... sakit yang teramat sangat sampaikan ada satu malam tu, ummi tidak dapat nak lelapkan mata kerana menahan sakit tanpa apa-apa pain relief .... masalahnya suntikan cuma boleh diambil di wad sahaja memandangkan itu adalah ubat terkawal ....
Hari ini, perjumpaan bulanan dengan pakar bedah ummi, Prof Razman, sekali lagi TIADA keputusan yang dapat dibuat untuk kesakitan yang ditanggung ... sepatutnya hari ini Prof Razman nak putuskan untuk reversal operation tapi nampaknya seperti tertangguh lagi .... Ya Allah ... ampunilah dosa-dosa hambaMu ini ... permudahkanlah segala-galanya ....
Sudah hampir 3 bulan lepas pembedahan pada Jan 2010 lepas, pada mulanya ummi agak gembira kerana telah melepasi "benchmark" kerana setelah 2 bulan nampak perubahan yang ketara pada diri ummi .... namun sangkaan ummi agak meleset kerana masuk bulan ketiga .. keadaan berubah perlahan-lahan ... ini yang paling ummi khuatirkan tapi inilah kenyataan yang harus ummi terima ... namun ummi masih mengharapkan agar situasi ini tidak berpanjangan dan tidak ada apa-apa yang serius ....
Dan seperti biasa, ummi perlu berjumpa dengan Prof Razman sekali lagi pada bulan hadapan untuk pemantauan seterusnya sebelum keputusan pembedahan seterusnya di capai ... selagi kesihatan ummi tidak menunjukkan perubahan dan keadaan yang amat positif, selagi itulah tiada apa keputusan yang dapat dibuat ... apa lagi yang harus ummi katakan ... ummi akur dengan kehendakNya ... ummi pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi ...
terima kasih kepada semua rakan-rakan FB, bloggers, teman-teman rapat & ahli keluarga terutama suami yang sentiasa memberi sokongan dan perhatian kepada diri ummi .... terima kasih kerana sudi menjadi teman dikala ummi dirundung kesedihan, kesayuan, kesakitan ... moga ketabahan dan kesabaran kalian menjadi kekuatan untuk diri ummi .....
... sedih pilu ku selindungkan dengan tawa ....
... dan hari yang satu terus ku tertunggu ... dihatiku ..
... akan ku nantikan hari itu ....