Friday, June 23, 2017
Salam Aidilfitri
Bismillahirrohmanirrohim
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu daripada diri ini sendiri...
Sudah sekian lama ummi tidak mencoretkan apa apa dalam blog yang kian usang ini...bersarang teruk sekali...mohon maaf atas segalanya...
Banyak sekali peristiwa yang berlaku dalam kehidupan yang masih bersisa ini....pedih, pilu, suka, duka, tawa riang dan sebagainya....biarlah ia menjadi antara KENANGAN TERINDAH walaupun ada sebahagiannya begitu pahit untuk ditelan...namun kita sebagai hambaNya, siapa kita untuk menidakkan takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT....ummi akur, redha dan pasrah....
Semoga Allah SWT terus memberikan kekuatan utk kami terus menempuh segala ujian yang diberikan kepada kami, terus tabah dan sabar....diberi kesempatan utk menghabiskan sisa hidup ummi utk melihat kejayaan anak anak tercinta...itu penawar ummi sebenarnya....ANAK2....❤❤❤ Nurin Asyiqin, Mohd Amir Afiq dan Nurin Adleena....doa ummi semoga kalian terus cemerlang dalam hidup di dunia dan akhirat dan matang dalam menguruskan kehidupan masing masing andai ditakdirkan ummi pergi satu hari nanti....
Kepada yang mengenali ummi, di kesempatan ini ummi ingin mengucapkan Selamat Menyambut Lebaran dan Maaf Zahir Batin....moga kita berjumpa lagi di lain masa....doakan ummi ya...love u...cheers...😘😘😘
Thursday, August 18, 2011
::.. cerita dari G.e.R.o.B.o.K ** U.m.M.i. lagi ..::
salam,
... cerita dari G.e.R.o.B.o.K ** U.m.M.i. lagi ....
alhamdulillah .. walaupun ummi berkesempatan untuk buat promosi secara online hanya seketika kerana keadaan yang tidak mengizinkan, namun masih ramai yang menyokong ummi ...
hakikatnya ... selepas promosi T-muslimah dari G.e.R.o.B.o.K ** U.m.M.i ... order yang ummi terima amat menggalakkan ... hampir tidak percaya tapi itulah kenyataannya ....
inilah dikatakan rezeki .... alhamdulillah, bersyukur ummi kepadaNya kerana masih diberi peluang dan kekuatan dalam diri untuk terus maju ....
... yang ini sebahagian order dari pelanggan G.e.R.o.B.o.K ** U.m.M.i ... ummi cuma berkesempatan secara offline sahaja ... itupun tak menang tangan nak handle ...
terima kasih kepada semua pelanggan G.e.R.o.B.oK ** U.m.M.i. yang masih terus menyokong dan sudi singgah di blogshop ummi .....
insya-Allah, ummi akan cuba sebaik mungkin untuk terus memberikan produk yang terbaik ... dan berharap agar semua pelanggan G.e.R.o.B.o.K ** U.m.M.i berpuas hati dengan apa yang kami tawarkan ....
semoga G.e.R.o.B.o.K ** U.m.M.i. terus maju .... !!
Wednesday, August 10, 2011
:.. Selamat Ulangtahun Kelahiran ... Suamiku ..::
walaupun tak semeriah mana ... tapi ummi harap dengan kehadiran kami sekeluarga dapat mengeratkan lagi hubungan kami anak beranak ...
ulangtahun kelahiran ayah disambut dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak ... jadi kami ambil kesempatan ini untuk buat surprise kat ayah ler .... anak2 ini menjadi ajer sebab diaorang nak ponteng kelas tuisyen malam tu .... :(
turut serta meraikan ayah ialah Cikgu Siti yang merupakan tutor persendirian anak2 ummi sekarang dan juga bibik ... my pembantu lerr .....
kami sengaja beli ini sebab kami tahu ayah selalu letih .. dan minta anak2 picit-picit untuk kurangkan rasa letih ... tapi jari jemari yang mengurut tu tak ler seberapa kuatnya ....
Selamat Ulangtahun Kelahiran ... Suamiku !!!
Tuesday, August 9, 2011
Saturday, July 30, 2011
::. Ramadhan Mendidik Jiwa .... Salam Ramadhan ...::
Prof. Doktor Wahbah az-Zuhaili. (di dalam Tafsir al Munir : Juzuk kedua/ muka surat 130. Cetakan Darul Fikri Damsyik) ketika menafsirkan ayat ini menyebut bahawa Ibadah Puasa melahirkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t melalui beberapa faktor :
1. Puasa mendidik jiwa untuk takut kepada Allah s.w.t. dalam keadaan sembunyi atau terbuka. Lantaran tiada siapa yang memantau atau memerhati orang yang berpuasa melainkan Allah s.w.t. (Seseorang boleh makan lalu berpura-pura lapar di hadapan manusia tetapi tidak di hadapan Allah s.w.t. Justeru Allah s.w.t adalah Tuhan yang Maha Mengetahui)
2. Mengekang keterlanjuran syahwah dan meringankan pengaruh serta penguasaannya. (lantaran puasa melemahkan gelora nafsu)
3. Mencetus naluri yang peka (sensitive) dan bersifat belas simpati terhadap insan yang lain. (Lapar sewaktu berpuasa adalah mengingatkan kita kepada mereka yang miskin dan tidak bernasib baik)
4. Ibadah puasa memahamkan kita pengertian persamaan kedudukan taraf orang–orang kaya dan miskin. (di sisi Allah s.w.t)
5. Meletakkan kehidupan Insan dan pengurusannya di atas sistem (yang benar dan menepati fitrah) dan mendisiplinkannya.
6. Memulihkan struktur dalaman tubuh, menguatkan kesihatan dan membebaskan jasad dari sebarang unsur yang memudharatkan jasad.
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَتَّقُواْ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّكُمۡ فُرۡقَانً۬ا وَيُكَفِّرۡ عَنڪُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡۗ وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ ٱلۡعَظِيمِ
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar
[Surah Al-Anfal 8 : Ayat 29]
Salam Ramadhan dari kami sekeluarga ...