Photobucket

````````````````````

Sunday, August 15, 2010

~~ Ayahanda Kembali Pulih ~~

Salam,

Lama ummi menyepi ....

kesempatan ini ummi nak ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa .. semoga kita sama-sama mendapat keberkatan pada bulan yang mulia ini .... insya-Allah ...

dan ummi juga nak ucapan Happy Belated Birthday buat suami tercinta ... maaf kerana kita tak dapat nak raikan sebab ayahanda ketika itu berada di wad untuk urusan pembedahan ... ingat nak buat juga surprise kecil-kecil tapi ayah kata .. jangan dulu .. settle semua urusan baru kita celebrate semua sekali .. hehehe .. oklah .. kami ikut jer .. memang pun sebab masa tu ayahanda terlantar sakit di wad, kami berulang alik dan bergilir-gilir menjaga ...

Alhamdulillah, ayahanda telah selamat menjalani pembedahan pada 10/8/2010 dan kini kembali menjalani rutinnya seperti sediakala ...

terima kasih kepada Prof Zul dan semua staff nurse Wad Songket, UKMSC kerana memberikan yang terbaik untuk ayahanda ummi ... terima kasih ...



Wednesday, August 11, 2010