Photobucket

````````````````````

Saturday, May 16, 2009

:. Selamat Menempuh Alam Perkahwinan ..:

Salam, maaf kerana lama tak posting apa-apa... alhamdulillah berkat doa dari semua pihak, kesihatan ummi kini semakin pulih cuma masih ada beberapa siri prosedur dan rawatan susulan dalam beberapa bulan ini. Terima kasih tak terhingga atas doa dan sokongan anda semua.. ini ada ummi selitkan gambar perkahwinan po-g yang sempat ummi ambil masa majlis di sebelah pihak perempuan pada 19/12/2008. Sorry ye po-g, lambat akak nak post.. hehehe.. jadilah.. ada kenang-kenangan nanti...






yang ni pulak hari jadi adik & abang... dua-dua tarikh ni ummi tak dapat nak buat apa-apa sebab baru lepas menjalani pembedahan.. jadi ayah beli kek dan kami buat di rumah...ayah baca doa selamat untuk kami sekeluarga...insya-Allah nanti kalau ummi dah sihat, ayah kata kita buat kenduri doa selamat sikit sambil-sambil tu terus buatkan untuk anak-anak ummi yang tercinta..