Photobucket

````````````````````

Monday, August 25, 2008

Kembali Ke Sekolah

Hari ini kakak, abang dan adik kembali ke sekolah. Hehehe, abang dan adik ke nurseri tapi kami memang galakkan dia kata ke sekolah. Bagi ada mood.. nanti senang sikit tahun depan nak ke tadika terus. Apapun, pagi tadi lebih kurang pukul 6.20 ummi dah kejutkan abang dan adik untuk bersiap ke sekolah. Kakak macam biasa, dia memang dah dilatih untuk bangun pukul 6 pagi. Setakat ini, insya-Allah anak-anak ummi memang tidak ada yang liat nak bangun awal. Alhamdulillah. Lebih kurang pukul 7 pagi, lepas kakak ke sekolah agama, ummi dan ayah hantar abang dan adik ke nurseri (sekolah). Cikgu Effa dah pun menunggu abang dan adik di muka pintu. Lepas ummi serahkan adik dan abang ke Cikgu Effa, ummi nampak cikgu dukung adik ke sofa dan bertanyakan sesuatu. Nampak mulut comel adik mengomel macam memberitahu apa yang dah berlaku ke atas dirinya.

Tengahari tadi, ummi tak sempat nak telefon kakak, ummi cuma sempat telefon Cikgu Effa je. Masa tu kakak dah pergi ke sekolah sessi petang. Cikgu bagitahu abang dan adik sedang tidur. Dah makan. Alhamdulillah. Tak sabar ummi nak jemput mereka pulang untuk mendengar reaksi mereka pada hari pertama kembali berjumpa Cikgu Effa, Cikgu Lili dan kawan-kawan mereka. Tentu seronok !

Friday, August 22, 2008

Selamat Menyambut Kemerdekaan Ke-51 dan Salam Ramadhan

Kepada seluruh warganegara Malaysia, Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke-51. Ummi nak selitkan lagu ini kerana inilah lagu kegemaran kakak, abang dan juga adik setiap kali tiba hari merdeka...


KERANAMU MALAYSIA

Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai
Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya


Alam cyber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga
Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara


Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu myawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara( ulang dari mula )


Keranamu Negara MalaysiaMalaysia...
Terima kasih Malaysia !

Yang ni pulak.. Lagu 'Perpaduan Teras Kejayaan' Sempena Sambutan 51 Tahun Kemerdekaan

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

INTRO

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni

Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita
Bersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan

Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan


LAGU CIPTAAN : PAK NGAH
LIRIK CIPTAAN : LOKGHA


Bagi seluruh umat Islam di dunia, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak ..

Islamic Greeting Card by Alhabib. Visit al-habib.tripod.com for more greeting cards like this!

Wednesday, August 20, 2008

Aktiviti masa cuti sekolah

Lamanya ummi tak update blog ni.. manakan tidak.. sibuk menguruskan hal adik yang ketika itu belum sihat sepenuhnya. Walaupun cuti sekolah bakal berakhir pada hujung minggu ni, ummi sempat bawa anak-anak pulang ke kampung di Melaka. Kebetulan ayah mereka tidak bekerja minggu ni, dan pulak "Uda perempuan" (panggilan manja kepada ibu saudara mereka) baru melahirkan puteri sulung pada hari Khamis lepas, jadi kami pun terus ambil kesempatan untuk melawat kedatangan ahli baru dalam keluarga Hajjah Maimon. Tahniah Uda Yasmin!


Tak sempat pula ummi nak ambil gambarnya, takut pulak sebab baru 3 hari lahir ke dunia. Kalau tak silap namanya Nuha Nashwa.. comel sangat.. Nanti ya Nuha, dah besar sikit, ummi nak ambil gambar nak tempek kat sini.. buat tatapan kawan-kawan ummi... itupun kalau ibunya izinkan...
Apapun, sempat jugak si ayah mengajak abang dan adik mengambil buah rambutan yang masih ada saki baki di pokok. Alhamdulillah, setakat ini adik sudah pulih sepenuhnya. Berat badan dia pun dah mula naik balik. Insya-Allah, sekiranya tiada aral melintang, adik dan abang akan ke taska semula mulai minggu depan. Kakak pun turut ke taska macam biasa. Lepas ni dia letih sikit lah sebab segalanya dia kena buat sendiri di taska. Kalau hari tu ummi & ayah bergilir-gilir cuti, dia agak gembira sedikit kerana urusan persekolahannya kami aturkan. Lagipun ummi memang harapkan kakak dapat tengok-tengokkan adik dan abang sebelum ke sekolah. Kakak memang sayangkan abang dan adik !

Tuesday, August 5, 2008

Mangkuk Tingkat ~ Tempahan Makanan Online

Satu usaha murni dari Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Bagi kaum ibu yang tidak sempat nak sediakan makan tengahari atau malam dan sempena bulan ramadhan yang bakal menjelang, boleh layari http://www.mangkuktingkat.com untuk tempahan.

Monday, August 4, 2008

Strawberry Walnut Ganache Brownies & Orange Almond Fancy Cookies dari Ija Moonsweetgarden



Lupa nak update sikit.. inilah Strawberry Walnut Ganache Brownies & Orange Almond Fancy Cookies yang saya order dari Ija, Moonsweetgarden utk anak-anak tersayang. Ija, terima kasih banyak-banyak. Kakak, abang & adik memang suka kalau ummi order brownies ni. Masa brownies ni sampai pun, diaorang dah serbu dulu. Tup-tup tinggal separuh je.. tapi masa hari tu adik tak sihat, jadi dia mkn brownies tu pun sikit. Dia suruh simpan dlm peti ais. Tak pe adik, kalau adik dah sihat nanti, ummi minta Aunty Ija buat special untuk adik.

Adik & Ayah

Masuk hari ni je adik masih kurang aktif lagi.. ummi terpaksa ambil cuti kecemasan 4 hari minggu lepas sbb tengah malam isnin (28hb Julai) lepas badan adik panas sangat, suhu cecah 39.2 darjah.. bibir dia dah kering dan pucat... kami terus pecut kereta bawak dia ke unit kecemasan HUKM..paling hampir dengan kediaman kami... masa tu pukul 12.30 tengah malam. Mak dengan ayah kami telefon untuk bawak abg & kakak balik ke Wangsa Maju.. kami terpaksa pinjam mak & ayah kejap... lepas mak & ayah datang ambil kakak & abg, kami ke HUKM. Kat unit kecemasan, adik diperiksa. Suhu badan mmg panas..doktor minta kebenaran untuk ambil darah adik lagi.. doktor nak tahu dari mana punca dia masih demam lagi... habis kena cucuk lagi tangan kecil adik ... tapi adik sikit tak nangis & dia tak takut.. mungkin dia tahu dia sakit, jadi dia redha kan apa yang patut dilakukan untuk dia sembuh cepat. Lepas tu dia kena makan ubat.. kat situ jugak.. doktor bagi ubat demam.. nak redakan panas dia dulu...

Doktor panggil lagi adik..periksa seluruh badan, telinga, tekak, kaki, kuku, tangan... lepas tu tanya macam-macam soalan nak pastikan berapa lama dia dah demam dan sebagainya... masa tu adik nangis kejap sbb dia mungkin rasa sakit kat tekak.. tekak dia merah.. ada tonsil lagi..kami tunggu keputusan darah yang doktor ambil tadi.. kali ni doktor bgtahu.. adik disahkan ada jangkitan di saluran pernafasan pulak.. tapi tak payah masuk wad sbb air dalam badan adik masih di tahap selamat. Doktor tanya kalau-kalau di nurseri ada juga kanak-kanak lain yang mengalami demam yang lama macam adik. Kalau ya, mungkin nurseri tu perlu diperiksa tahap kebersihan dan keselamatannya.

Sebab adik jenis tak takut makan ubat, jadi adik tak kena tahan di wad, doktor bekalkan semua ubat-ubatan yang sepatutnya dimakan dan minta salah seorang dari ummi atau ayah untuk menjaga adik dirumah sementara waktu untuk memastikan ubat dimakan mengikut waktu dan untuk memerhati perkembangan adik dari masa ke semasa. Itu pesan doktor. Adik tidak dihantar ke nurseri sbb takut jangkitan berlarutan.

Seminggu ummi dirumah, pemantauan dilakukan setiap jam, ubat diberikan ikut waktu. Kejap dia ok, kejap dia tak ok. Dia kerap buang air besar, tapi tak lawas. Tidur malam pun tak berapa lena. Hari Khamis (31hb Julai), doktor dari Kg. Bahru Medical Ctr pula telefon bertanyakan khabar adik. Keputusan darah dia yang diambil sebelum ini dah dapat, memang ada jangkitan di bahagian dalam perut tapi katanya ubat antibiotik yang dibekalkan sebelum ini sepatutnya untuk jangkitan tersebut. Memang ya, kami beritahu doktor tu, lepas habis antibiotik tu memang nampak adik sihat, tapi entah tak tahu mana silapnya, adik demam balik lepas tu. Memandangkan kami dah bawak adik ke HUKM pada malam 28 Julai tu, doktor tu suruh kami teruskan disana dahulu. Tapi kalau kami nak bawa ke KBMC, beliau tiada masalah. Kami beritahu kami teruskan di HUKM dulu memandangkan itu hospital paling hampir di rumah. Tapi kami akan beritahu perkembangan adik pada mereka sekiranya perlu.

Hari ini, perkembangan adik nampak baik tapi mungkin badan masih lemah atau tak berdaya. Ayah ambil alih jaga adik lepas ummi habis cuti semalam. Ummi kena kerja hari ini. Hari ini hari jadi ayah adik .... " Selamat Ulangtahun Kelahiran" untuk suamiku tercinta... Terima kasih atas pengorbanan abang selama ini...


Semoga keluarga kami sihat sejahtera dan bahagia selama-lamanya... Ummi doakan adik cepat sembuh...