Photobucket

````````````````````

Monday, July 21, 2008

Adik Masih Demam

Sabtu lepas, kami bawak adik pergi jumpa Pakar Kanak-kanak di Kampong Bahru Medical Ctr untuk pemeriksaan lanjut memandangkan adik masih demam pd mlm sebelumnya. Masa dia bersalaman dengan Dr. Noor Aziah tu, kata Dr. tangannya panas. Kami beritahu doktor demam adik berbalik-balik, kejap ok, kejap demam.. Antibiotik pun dah habis makan, tapi masih mcm tu. Terus Dr. Noor Aziah minta adik kencing untuk buat urine test. Kami cadangkan supaya doktor amik darah sekali. Adik mmg hebat sbb sikit pun adik tak nangis masa tangan kecilnya tu kena cucuk dengan jarum. Alhamdullillah, lepas tu adik pergi buang air kecil untuk ambil sampel air kencing pulak...Doktor suruh kami tunggu sementara nak dapat keputusan...

Lepas lebih kurang 45 minit, nama adik dipanggil lagi.. Alhamdullillah, keputusan air kencing & darah normal.. tapi doktor takut ada kuman yang "tertanam" dalam usus atau pundi kencing adik..memandangkan demam dia tak kebah.. jadi doktor perlu hantar lab test lagi sekali tapi kali ini keputusannya lebih kurang 1 mggu baru dapat. Kiranya keputusan itu positif, maka adik terpaksa kembali ke hospital utk buat ultrasound bagi memastikan kuman tu tak merebak ke kawasan buah pinggang pulak. Ya ALLAH... jauhkanlah penyakit ni dari anak-anakku... Hingga ke saat ini, kami sentiasa doakan agar kesihatan adik dipelihara.

Pulang dari hospital, kami singgah ke rumah rakan sepejabatku, Kak Sham... nak buat baju kurung untuk kakak & adik, baju melayu untuk abg...raya dah tak lama lagi .. Kat rumah kak sham, mula-mula adik ok, tapi bila dah nak balik.. agaknya badan tak sedap.. dia mula bad mood...dalam kereta minta dibawa ke rumah nenek di Wangsa Maju. Tapi kami memujuknya untuk pergi keesokkan harinya memandangkan hari dah malam.

Ahad tu, pergi ke rumah nenek seperti yang dipinta adik, abg & kakak.. atuk layan cucu-cucunya mandi kat luar... pas tu makan sup daging, nenek buat lempeng kelapa sama sambal tumis ikan bilis.. habis riuh rendah sbb semua pakcik-pakciknya ada melayan adik, abg & kakak....

Pagi ini, Isnin... masa kami nak hantar adik ke nurseri, kami pesan dengan cikgu minta tolong telefon kami segera kiranya badan adik masih panas. Doktor tengah monitor perkembangan adik.. kalau masih demam lagi, adik kena masuk wad... Kami siap pesan dgn si abg, tolong tengok-tengokkan adik... mintak-mintak lah boleh harap si abg ni...

Harap adik cepat sembuh...

Thursday, July 17, 2008

Adik Masih Tak Sihat

Masuk hari ni jer dah dekat lebih seminggu adik tak berapa sihat lagi... Dah masuk kali ke berapa pergi klinik pun tak tahu.. smlm cadang nak bawak dia gi jumpa Pakar Kanak-Kanak, tapi dia suruh beli air Cap Badak.. balik dari kerja terus bawak dia beli.. habis 2 botol kecil tu dia minum, makan Scott Emulsion, kismis minda 3 biji lepas tu terus tidur... Alhamdulillah, pagi ni nampak badan dia dah sejuk sikit. Lepas mandi pagi tadi, ceria dia nak ke taska. Nak jumpa cikgu katanya. Abangnya mengikut aje.. Aku minta tolong ngan cikgu taska tu, kalau agak2 badan dia naik panas, telefon segera.

Wednesday, July 16, 2008

Makan Time....kat Tanah Rata

Makan time.. hehehe..ini lah tempat kami sekeluarga selalu lepak untuk makan, minum.. tempat lain kalau musim cuti sekolah mmg padat giler tapi tempat ni jer "cool".. mmg tak ramai orang.. tak tahu ler orang tak tahu ke, tak nak pergi ke.. tapi utk kitaorang mmg ok.. mkn pun ok.. rege pun okkk.....



















Bersantai di Rose Valley






Ni kat Rose Valley, masa ni cuma mak, hubby, anak2 dan saya jer yang masuk. Adik2 dgn ayah tak masuk.. Diorang lepak kat luar makan jagung rebus.. hampehh.. tapi best.. kitaorang masuk santai kat dalam, anak2 suka la.. sbb ada buaian, ada air pancuran, ada gelungsur utk diaorang main...apapun..mmg nak bagi anak-anak yg hepi...











Di Taman Rama-Rama



Masa ni kat Taman Rama-rama...kat sini rama-rama dibiar terbang bebas.. yang mati kena pijak pun ada... macam biasa anak-anak saya teruja nak pegang rama-rama ni.. so sorang2 ler amik kesempatan utk belek masing-masing punya rama-rama... mula-mula geli pastu rasa seronok pulak....




Abang & Adik

Inilah Mohd Amir Afiq a.k.a "Abang" & Nurin Adleena a.k.a "Adik"... posing kat Rose Valley..muka semua dah kepenatan tapi seronok..

Permata Hati Saya

Permata hati saya dan suami... Nurin Asyiqin, Mohd Amir Afiq, Nurin Adleena.... kerenah dan keletah mereka membuatkan hari2 yang kami lalui senantiasa ceria...



Po-g

Po-g ngan mak posing petik daun kat Blue Valley..



Inilah adik saya, Po-g.. yang bakal mendirikan rumahtangga hujung tahun ni.. hehehe.. itu tengah berangan nak jadi pengacara tv... tak dpt kat tv.. kat sini pun jadilah.. apa pun.. bro.. keep it up...


Trip Ke Cameron Highlands










Trip ke Cameron Highlands pada 31/5/08 bersama keluarga, ibu, ayah dan adik2.. Ini kali pertama ibu dan ayah ke sini.. tak pernah katanya.. Dah banyak kali juga kami mengajak tapi tak berkesempatan utk berkumpul macam ni.. maklumlah kadang2 ada je urusan mereka yang perlu diselesaikan. Pendam punya pendam, last-last hari tu kami sekeluarga nak ke sana sekali lagi, terus ibu & ayah nak ikut sama. Nak release tension kata nya.. hehehe.. adik2 aku pun ikut sama la.. yg sorang tu Po-g ini kali terakhir lah dia bercuti bersama-sama kami sbb insya-Allah hujung Dec ni dia nak menikah dah... pas ni dia kesana dengan wifenya ajelah... itupun dia ikut sbb nak survey jalan.. senang katanya nak gi honeymoon nnt.. dah tahu jalan, dah tahu kat mana nak makan, nak menginap, dan mcm-mcm lagi laa... ada jer mamat tu...